Sunday, September 11, 2016

Bila dah lama tak update :-P

Dah lama tak update blog. Rindunya....so hari ni hujung minggu dan Zah menulis balik.
.
Alhamdulillah minggu lepas Zah dan suami juga anak-anak mulakan rutin baru yang sangat berbeza sejak kami mula hantar anak-anak ke rumah pengasuh 7 tahun dahulu. Ubah rutin bermakna Akmal,Aqilah dan Amani Zah hantar ke transit yang siap ada belajar mengaji dan anak-anak boleh siapkan kerja sekolah.Manakala Afiq pula Zah hantar ke taska depan rumah. Afiq ni mula-mula nangis juga. Tapi alhamdulillah masuk hari ke lima. dia dah serasi dengan cikgu sekolah dan keadaan kat taksa baru.
.
Hati ibu yang meninggalkan anak di tempat baru memang penuh doa sahaja. Siapa bilang tak risau kan...tp demi sesuap nasi untuk anak-anak. bonda mereka kena g keje juga.
.
Sebut pasal kerja pun Alhamdulillah rezeki anak-anak juga ni. Zah dapat kenaikan pangkat dan office pula satu bangunan je dengan suami. Memang kami dapat jimat banyak walaupun kena bangun lebih awal siapkan anak-anak tetapi kami lebih gembira lately...hihi maklumlah ada juga masa daging berdua..dapat g makan sama-sama sesekali.
.
Bila sebut pasal rezeki memang anak-anak ni rezeki. tetapi dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga...banyak benda yang mula -mula tu rasa senak juga bila diduga tp suami selalu pesan sabar. Hihihi so sementara nak stabil tu memang agak jenuh juga pada awalnya.
.
Esok rasa tapi takde persiapan apapun ni. hihi kebetulan zah takleh cuti lagi..jadinya kena bertabahlah raya kedua masuk office mcm biasa. Takde hal orang kata sebab office baru best.. hahaha.
.
ok korang...jadilah burung yang berkicau. tapi boleh terbang di awangan dengan bebas. Jangan jadi ayam. berkokok sekampung tapi dok diam ja satu tempat tak dapat apa :-P.


nanti dah sambung lagi. ada banyak benda nak share ni..hihi abaikan muka latest yang gemuk..hahaha mengaku sejak sebulan makan dengan Husband memang badan naik sikit.

1 comment:

Aishah Megahasz said...

Sila update blog selalu...hehehehe

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics