Thursday, November 19, 2015

Muhammad Raziq Akmal : From Zero To Hero

InsyaAllah tahun hadapan tiga orang anak-anak zah akan mula bersekolah di sekolah2 sekolah yang berbeza. Cepat betul masa berlalu..sat je tengok depa dah besar dah.
.
.
.
alhamdulillah, tahun hadapan anak zah yang sulung dah diterima masuk ke Sekolah yang agak sukar nak diterima masuk kalau tak lulus ujian. :) Syukur berkat didikan cikgu-cikgu sekolah akmal di PASTI, dan juga sedikit usaha dari zah dan suami..Akmal diterima masuk juga ke sekolah tersebut.
.
.
Cabaran bakal bermula kerana hampir 20 subjek akmal akan belajar nanti...fuh lap peluh mak ayah dia nak bantu siapkan kerja sekolah :)
.
.
.
Ini antara Coretan Zah di FB semasa Akmal nak masuk Exam ke sekolah tersebut.
.
.
.

Alhamdulillah. Hari ni husband dah ambil surat tawaran akmal masuk sekolah rendah agama bantuan penuh kerajaan.

Sekolah ni sekolah pilihan akmal sendiri. Dia suka tengok budak-budak ke sekolah dengan jubah. 

Sebenarnya masa zah daftarkan akmal untuk ambil exam dulu. Memang risau. Sebab totally akmal zero. Membacapun tak pandai. Gusarnya hati seorang ibu.

Alhamdulillah. Kami ambil masa sebulan utk ajar akmal membaca. Kebetulan akmal bersekolah di PASTI dan menitik beratkan ajaran agama. Akmal boleh menghafal banyak doa dan surah-surah pendek.

Syukur. Exam baru ni. Akmal antara pelajar bijak yang terpilih. Pada zah,selain peranan cikgu di sekolah. Peranan ibu bapa dalam mendidik anak sangat penting. Ibu dan bapa perlu sama-sama mengajar anak-anak jadi manusia.

Ini baru permulaan kami. InsyaAllah tahun hadapan Aqilah pula. Dituruti adik-adiknya.

Satu je kami selalu pegang. Never under estimated anak-anak kita. Mereka ni bijak. Kita ajar dan asuh mereka jadi manusia. InsyaAllah dipermudahkan segala usaha kelak.


Korang, 

zah bukanlah nak RIAK akmal dapat masuk sekolah ni...sebab jauh lagi perjalanan dia. Tapi sebagai ibu banyak yang zah boleh belajar dari akmal..

Bayang ye, akmal masuk sekolah masa dia 4 tahun tanpa satu butir patah perkataan yang difahami. Tetapi cikgu sekolah dia sabar mengasuh akmal. Akmal pernah menangis tak nak g sekolah, bila ada budak yang sedikit nakal kacau dia..tetapi lama-lama dia seronok bila zah dan suami berikan dia motivasi.

Baru-baru ni masa exam last 6 tahun, Akmal balik dengan muka sedih. Dalam kereta dah minta maaf sebab tak dapat markah penuh 100% dalam setiap paper yang dia ambil. Berbanding aqilah adik beliau. Masa dia hulur kertas exam kat ayah, nampak air mata bergenang....nampak dia sedih sangat..

Dengan zah sekali mak dia mengalir air mata...padahal kami langsung tak marah sebab kami tahu dia duduki peperiksaan akhir tahun tanpa persediaan. Cikgu tak maklumkan lebih awal exam akhir tahun kali ni, jadinya anak-anak takdelah belajar teruk-teruk...just simple2 je masa hujung minggu.

Bila tengok akmal macam sedih je dan bergenang air mata tu..zah peluk dia..suami pun sama, pujuk yang dia tak perlu sedih..sebab result dia bagus. Purata kertas exam yang dia bawa balik adalah baik sebab semuanya 85% ke atas..

Zah tak kisah sangat pasal exam dia masa 6 tahun tu sebab dia dah diterima masuk ke sekolah agama...alhamdulillah..

apapun, sebagai ibu...zah memang puji akmal. Anak sulung zah yang sangat banyak membantu zah di rumah. Tak padan umur 6 tahun. Bilik dia berkilat siap mop bila kemas biik.

InsyaAllah, zah dan suami dah nak mula shopping barang sekolah dah ni. Cuma zah tak dapat nak tengok di pakai baju sekolah warna putih je...hihih sekolah dia pakai baju pengawas :).

Anak Sulung. Anak yang mengajar Zah dan suami jadi ibu dan bapa yang baik.

anda bagaimana?

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics