Wednesday, November 18, 2015

Kenapa Saya Masih Bertahan Dengan Shaklee?

Saya Buat Sebab Allah Izin & Allah Kasih Kepada Hambanya.
🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱

Setiap orang ada 'Why Factor' untuk berubah ke arah yang lebih baik. Zah tak pasti orang lain. Tp untuk diri zah. Zah tak suka statik. Atau just follow the way.....

Bagaimana saya bermula dengan bisnes ini walaupun masa tu dah 'ramai' kawan saya menjadi pengedar sah shaklee?

Saya bermula kerana saya mahu berubah. Saya tidak rasa selesa dengan kesihatan ketika itu.  Tambahan pula ketika saya bermula. Saya memang mencari sedikit sumber pendapatan untuk menampung keperluan yang semakin bertambah.

Alhamdulillah. Bulan pertama saya yang dimulakan ketika mendapat bonus akhir tahun. Dengan pembelian ketika itu bernilai RM600 saya sudah layak mendapat keahlian percuma.

Bulan kedua saya sudah dapat kembali modal yang dikeluarkan. Bagaimana saya bermula? Saya hanya berkongsi apa yang saya rasa melalui penulisan dan perkongsian.
Melalui FB. Instagram dan blogging.

Alhamdulillah.

Di bulan kedua. Saya sudah mencapai pendapatan sama seperti jawatan saya sekarang...

Malahan di tahun pertama juga saya layak menerima 2 award dari shaklee serta percutian percuma 3 hari 2 malam di hotel bertaraf 5 bintang. Makan malam yang berprestij dan semestinya diraikan dengan penuh gemilang.

InsyaAllah Disember 2015 adalah tahun kedua saya bersama bussiness ini. Perniagaan yang saya kongsi dengan suami dan pastinya perniagaan yang membantu saya dan suami membesarkan anak-anak kami berdua.

Kalau tanya saya. Bagaimana ianya bermula?..pasti jawapannya. Hanya Allah yang tahu. Allah izin dan mudahkan lorong perniagaan saya.

Kalian.
Jika mahu bermula. Bermulalah hari ini. Tidak kisah apapun perniagaan yang mahu diceburi. Konsisten dan istiqamahlah dalam perjalanan anda.

Only fighter will survive!
Bukan Jual Mimpi.
Tapi lorongkan kejayaan.

Noorharizah Azfar
017 413 4689

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics