Thursday, October 15, 2015

Penyusuan Susu Ibu : Bagaimana Mahu Menjayakannya

Sebenarnya zah banyak benda nak kongsi tapi masa tak mengizinkan.
.
.
Alhamdulillah kalau ikut masuk minggu ke tiga dah kembali bekerja. So far susu perahan yang zah dapat memang mencukupi dan macam anak-anak lepas susu perahan di pejabat terus simpan dalam deep freezer as stok.
.
.
Zah masih bekalkan susu yang fresh baru perah untuk bekalan afiq. Afiq pula pengasuhnya maklumkan paytern menyusu sama mcm amani. Tak minum banyak just minum untuk elak lapar. Tapi jujur zah memang doa afiq menyusu kuat-kuat..huhu susu banyak dalam deep freezer silap-silap akan cari anak susuan lagi nanti.
.
.
Bagaimana nak menjayakan penyusuan susu ibu? Kalau ikut pengalaman zah dengan 4 anak2 ni..memang bila mula dr awal insyaAllah mudah. Orang kata establish dalam pantang tu penting.
.
.
Mcm zah...zah mula BF afiq sejak dalam labour room lagi..syok..afiq pandai menyusu..tp dia bukan active feeder yang keje menyusu je..mcm biasa suka tido masa awal2 tu..lama2 bila asyik kena kejut je baru nak menyusu dengan baik. Alhamdullillah setiap bulan berat badan dia nail 1 kilo.
.
.
.
Menyusu sahaja tak pump boleh ke establish penyusuan? Boleh..baby kan pump paling efisien..even zah dah pump 20 minit..afiq nak susu..susu still memancut2 lagi..itu tandanya biarpun susu dah di pump oleh mesin..still takleh kosong betul-betul..
.
.
Hujung minggu dan hari cuti zah memang tak pump every 3 hour mcm kat office. Selalunya awal pagi dan sebelum tido sahaja...jujur leceh la nak pump2..hahaha tp kenang jauh lagi perjalanan penyusuan kami. Vitamin M tu kenala boh tepi.
.
.
Jadual memerah zah : 5.30am. 8 30am. 11.30am. 2.30pm dan 4.30pm serta sekali sebelum tido 10.00pm
.
.
Tu kalau  hari kerja...kalau cuti direct feed je...so korang nak berjaya menyusukan anak ni..hati kena tenang..ibu kena relaks..konsep penyusuan more demand more supply. Jangan sesekali ikut saranan takpe perah tak perlu 3 jam sekali masa kerja..boleh je perah sampai sejam..
.
.
Sebulan dua mungkin boleh tapi berapa ramai yang PM dan whatsApp zah mengadu susu kurang bila tak ikut jadual memerah. Oleh itu para ibu hebat....patuhi jadual menyusu kalian..sekali dah kena low milk supply stressnya melampau nanti..
.
.
Makan makanan berkhasiat. Jaga kesihatan. Minum air secukupnya. Milk booster? Letak tepi..tp kalau nak makan vitamin untuk kesihatan ibu..hah...mari cari zah..ingat..makan vitamin bukan nak bagi susu melimpah ruah selaju peluru bagai.. tetapi untuk ibu sihat..boleh bangun malam pump susu..tak moody..kat office bersemangat dan kuat..takdela jadi kilang susu sahaja sampai diri sendiri terabai..suami lupa nak dilayan dan anak2 lain tak diasuh dengan baik dah..

Salam kasih.
Izzah
Kaunselor Laktasi
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics