Sunday, September 06, 2015

Tips Memberikan Anak Susu Perahan

Ini cerita semalam.



Hari ni umur #AfiqSyawal cukup 51 hari. So mama decide nak ajar dia guna botol susu.

Pilihan botol still MAM.
Mama letak fresh EBM yang mama baru perah pagi tadi.



Alhamdulillaah...
#AfiqSyawal budak bijak.
Pelan-pelan dia terima puting botol susu.

Tp memangla amik masa.
Takde 1 shoot terus susu habis.

Mama pujuk dia.
Posisi menyusu sama mcm direct feed.

Then mama buat stimulation kat mulut dia...pastikan kepala baby tinggi masa bagi susu botol ye..

Elak baby tersedak.

Jangan letak baby kat tilam sahaja.
Takut mama ralit.

Bagi anak botolpun still leh ada bonding.



Mission berjaya.
Mama letak 3 oz.
#AfiqSyawal habiskan 2 oz.
Jadi memang sesuao dengan perut afiq yanh kecil.

Menyusu sikit. Tapi kerap itu yang penting.

So. Esok mama akan ajar dia minum botol lagi.

Sehari 1 sesi dan bertambah pada hari berikutnya.

Anak memang akan tolak2 sikit..tp pelan2 ajar dia..



Anak kita bijak.
Mama pun kenalah bijak ya.
Kalau semalam #AfiqSyawal mula minum Fresh EBM..dia leh habiskan 2 oz untuk sekali feeding.

Hari ni pun sama. Walaupun mula-mula dia buat muka juga..asyik pandang je nenen mama..hahaha...nak buat mcmana kalau bukan mama yang latih awak.. takde sape yang latih awak dengan bottle feeding.

Day Of 52.

Hari ke dua belajar menyusu guna botol susu.
Ramai yang risau bila anak tak nak menyusu dengan botol. Jujur kalau kita yang dewasapun kalau tak suka makan petai..cium bau pun leh muntah..

Begitulah juga dengan bayi kita.

Jadi..tips yang zah boleh kongsikan adalah.

1. Kalau anak tolak kali pertama.
2. Ajar lagi kali kedua.
3. Ajar sampai dia nak.
4. Jangan tukar-tukar puting.
5. Biar anak serasi dengan puting yang sama.
6. Jadualkan latihan minum susu guna botol setiap hari.
7. Posisi meenyusu sama mcm kita susu secara terus.

Harap membantu.

Noorharizah Azfar.
017.413.4689
posted from Bloggeroid

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics