Sunday, August 16, 2015

Kelahiran Alami 101 : Kita mudahkan orang. Orang mudahkan kita.

KELAHIRAN TERINDAH 2015..
πŸ‘‘πŸ‘‘πŸ‘‘πŸ‘‘πŸ‘‘πŸ‘‘πŸ‘‘πŸ‘‘πŸ‘‘πŸ‘‘πŸ‘‘

Antara moment indah sepanjang #AfiqSyawal lahir dari hari pertama sehingga hari ke 15.

Zah percaya dengan tiada gangguan ubatan dan paksaan sepanjang melahirkan baby adik sangat menyumbang kestabilan dia bila keluar ke dunia.

Baby adik jenis kurang meragam. Menyusu. Tido. Berak. Menyusu. Tido. Berak. 15 hari pertama memang susah nak dengar dia menangis. Kadang mama yg biar dia bunyi lama sikit sebab rindu suara baby nangis..hihi

Sepanjang hamilkan Afiq. Zah memang jaga diet. Healthy diet. Kebetulan dah biasa makan kurang garam gula. Fast food semua zah tak sentuh. Kecuali 2 hari sebelum bersalin. Teringin sangat makan cheese burger πŸ˜….




Tiada seharipun mama tertinggal makan segala vitamin sepanjang kehamilan. Sebab mama percayam healthy pregnancy insyaAllah akan memudahkan kelahiran baby adik.

Alhamdulillah.
Walaupun agak kelangkabut sedikit sebab heart beat baby adik lemah bila contraction.. berkat bantuan doktor dan doa pada Allah...lahir juga dia... contraction kuat tapi mama tak sakit.

Mama percaya. Kesan pengambilan pil kalsium dan b complex sebelum ke hospital sangat membantu.

Ramai yang hairan. Hospital kerajaan tp layan semua benda2 alami. Alhamdulillah. Memang rezeki zah. Dan tahniah kepada Hospital Kulim.

Kelahiran tanpa gangguan. Tak paksa pesakit. Tak terus jump conclusion. Bagi pesakit usaha juga untuk normal. Tanya setiap kali mahu lakukan proccedur ( CTG,VE dll..)..malah zah boleh pilih nak senior doktor masa bersalin dan masa prosedur uri keluar serta jahitan 1st tear zah dapat senior nurse yg mmg berpengalaman. Aurat juga terjaga di hospital tersebut. Dapat bilik bersalin berseorangan. Bukan tirai yang menutup. Tiada nurse2 pelatih yang jadi tukang sorak. Hanya Zah. Seorang doktor pelatih yang membantu Senior Doktor. Alhamdulillah...

1 je pesan zah.
Doa pada Allah.
Mudahkan kerja orang lain. Orang akan mudahkan kita.


Love.
Izzah


posted from Bloggeroid

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics