Saturday, August 15, 2015

Breastfeeding 101 : Tips Penyusuan Susu Ibu di bulan pertama



Alhamdulillah. Hari ni #AfiqSyawal dah berusia 30 hari...cepatkan?

Alhamdulillah. Dengan izin Allah jua. Aktiviti #MakingMoreMilk untuk dia Allah permudahkan. Even afiq menyusu sangat kerap 2-3 hari ni...sampai kadang terbuang-buang kot tepi dah...dia nyot nyot je..hihi...

Tips #PenyusuanSusuIbu yang boleh zah share adalah proses awal mungkin sedikit sakit dan meletihkan. Tetapi once kita dah establish. Dah stabil. Dah boleh adapt kehidupan beranak kecil. InsyaAllah takde masalah dah.

Kalau ada masalah contoh bayi menolak menyusu di payudara. Kena cari punca kenapa. Jangan dah 30 hari mcm ni baru nak berkeluh kesah. InsyaAllah bila kita tahu masalah. Selesaikan cepat-cepat. Takdelah terbeban sangat segala masalah tu.

Jaga kesihatan. Ambil healthy diet. Top up suplement jika perlu. Bukan nak menambah susu na. tp nak mama sihat. Sebab masa kita bf anak ni. Tido tak menentu. Letih. Bila letih. Stress...susu pun segan...belum lagi melayan anak-anak todler yg lain..thats why..kesihatan kena tip top...

Macamana zah curi masa memerah susu even baby keje mengempeng je? Biasanya Zah akan perah antara jam 6-7 am. 12-1 pm. 5-6pm dan 10-11pm. Kalau perlu tandem pumping. Sebab. Afiq tak akan dapat menyusu kedua-dua belah sekali...

Pernah baca tak.

Kalau nak susu banyak kena makan banyak? Pada zah. Bukan makan banyak tp cukuplah seimbang. Bukan diet tak makan. Tapi diet yang balance. Semua cukup. Jangan ada kurang. Mean nutrisi yang diperlukan oleh seorang ibu menyusu memerlukaan 2000 ke 2500 kalori sehari.

Biasakan lapar selepas BF anak. Apa zah buat. Zah akan bancuh ESP dengam horlick. Minum suam-suam memang best...rasa lega je...alhamdulillah..kadang tak sampai sejam lepas sesi bf dengan baby..takde masalah nak bf lagi...

Apapun trust ur body. Badan kita tak sama dengan badan orang lain. Doa banyak-banyak pada Allah dan minta dipermudahkan.



Love.
Izzah
017.413.4689.

#AnakHebatDenganSusuIbu
#SusuIbuHakAnak
#IzzahBF101
#Breastfeeding101

posted from Bloggeroid

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics