Saturday, August 01, 2015

Breastfeeding 101 : Tips Menambah Susu Ibu - Tandem Nursing/Pumping

Alhamdulillah hari ke 16 menjadi ibu yang ada anak 4...kalau masa beberapa hari kelahiran baby #AfiqSyawal..mama kena perah kerap juga..2-3 jam sekali sebab susu overloaded sangat..huhu rezeki anak-anak zah..kiranya hari ke 4 dah establish...

Tapi sejak beberapa hari ni. Baby #AfiqSyawal dah kuat menyusu. Dah pandai terjaga sejam-2 jam sekali..menyusu sejam juga..kira kerap jugala...makanya mama dah boleh kurangkan sesi perahan dah... biasanya zah akan perah selepas BF babyla...



Pernah tak korang buat tandem nursing/pumping? Mean sebelah BF anak..sebelah lagi perah susu..



Zah dah buat dua hari. Hasilnya lebih kebabom dari biasa..maklumlah Puan B ni dia jenis cemburu. Bila tengok jiran hasilkan susu..diapun nak jugak hasilka susu..so bila Afiq menyusu..yang sebelah pun zah perah..so dua-dua kerja..hihi hasil?
Alhamdulillah...mesti ada extra...



Yang kat atas tu..hasil lepas baby Afiq menyusu dekat 4 jam non stop..hahaha..tido 15 minit..menyusu 20 minit...tp susu kita ni lagi banyak habis..lagi cepat dia diisi...jangan tunggu bengkak na..kalau bengkak lelama bagi signal kat otak yg kita tak perlukan dah susu...



Hari ni zah buat Tandem Pumping lagi. #AfiqSyawal menyusu agak kerap semalam...dalam 2 jam sekali dia bangun..last menyusu dalam jam 4 am.. Sedaq-sedaq dah kui 6.00am dah..so agak berat disitu..elok bangun pegang pump..baby Afiq bangun lak...so...mama pun tandem la..bagi Afiq biasa..

Kalau masa #QaireenAmani lahir zah tandem nursing. Kali ni banyak tandem pumping ja..tapi takdelah mcm jadi 1 acara wajib. Kakak amani pun dalam sehari tu adala sekali dua dia nak EBM..so mama pun takdela terdesak sangat...

Tips hari ni. Minum air suam sebelum memerah susu atau menyusukan bayi anda. Kemudian buat sedikit urutan agar perjalanan susu keluar lancar tak stuck..hihi insyaAllah more demand more supply.

Happy Breastfeeding!

Love.
Izzah
017.413.4689

#Breastfeeding101
#IzzahBF101
#PenyusuanSusuIbu
#SusuIbuHakAnak
#AnakHebatDenganSusuIbu

posted from Bloggeroid

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics