Saturday, July 18, 2015

Kelahiran 101 : Selamat Melahirkan Permata Hati ke Empat

Alhamdulillah.

Zah dah selamat melahirkan anak ke empat pada 16 Julai 2015 jam 4.30 petang di Hospital Kulim.

Seorang bayi lelaki yang comel dan tak banyak karenah...hihihi...ayah baby senyum je bila baby keluar akhir ramadhan. Tercapai hasrat nak ada baby pada 1 syawal.

Kronologi bersalin anak ke empat.

Zah mula ada tanda mcm nak bersalin masa 35 minggu. Masa tu gelabah juga sebab tak rancang nak bersalin kat mana. Masa tu zah leaking. Tp bila scan air ketuban still cukup so zah rasa tu maybe discharge je. Doktor bagi ubat untuk kurangkan contraction. Dia kata baby perlu tunggu sekurang2nya 37 minggu untuk fuel term.

Masuk minggu ke 36. Sekali lagi zah ingat nak bersalin. Sebab ada pendarahan sikit. Macam mukus plug tapi takde pula rasa kontraksi. 2 hari juga mcm darah. Tapi fresh. Masa ni zah maklumkan kat nurse yang mai melawat zah kat umah.

Sebab depa dah kalut suruh zah ke hospital tapi zah buat donnow je..hik hik..sebab tak sakitkan. Baby pun still gerak aktif. Tapi lepas jumpa doktor isnin...minggu tu start sakit yang tak konsisten. Kadang bawa keta g kejepun senget-senget.

Minggu ke 37.

Sebab dah mula sakit memang nafsu nak g keje tu agak terbatas. Tapi kalau duduk kat rumah memang keje zah tido je dan itu tak membantu zah dalam proses bersalin. Lepas duduk kat rumah 5 hari. 3 hari MC dan 2 hari cuti umum. Zah g keje balik. Kebetulan nak isi borang cuti dan setelkan beberapa keje kat office.

Yang bestnya masa 13/07/15 zah dah mula sakit yang nangis punya. Sakit kat ari-ari masa sediakan makanan untuk berbuka puasa. Memang dah suruh anak-anak siapkan apa yang patut kot tengah malam terpaksa g hospital. Tapi sakit sampai jam 1 je. Pastu takde dah...

So 14/07/15 zah g office. Masa sahur ok tak sakit. Tapi masa drive tu rasa mcm semacam je..Masa ni ke main lagi senget2 zah jalan sebab sakit kat ari-ari tu. Siap doa..adik keluarla 15/07/15
tarikh pun cantik dah kalau baby nak bersalinkan..bos pun perasan zah tak ok tapi danla setel beberapa keje kat office dan tinggalkan pesanan pada CC yang akan tanggung keje zah masa cuti bersalin nanti.

Balik umah tido lagi sejam. Sebab rasa tak sedap badan dan letih sangat... husband tanya nak p hospital ke. Zah jawab. Tunggula bila sakit betul2 baru p. Tapi cengghitu juga..non hado sakit yg kerap.

15/07/15 - tarikh cantik tapi zah takde tanda. Siap g KK untuk MGTT. Gegara masa 13/07/15 tu depa trace gula dalam urin test. yang best katanya zah punya result MGTT hanya dapat 2 weeks lagi. Mcm dah tak sesuai sebab zah pun dah cukup term masa tu..sesilap bersalin dah..hahaha...setel urusan dengan Klinik Kesihatan...suami tanya nak p mana2 tak? Ke nak rehat...saje pancing dia ajak p Batu Kurau cari durian..haha amboi suami kata ke main lupa yang dia cukup masa n tunggu hari je.

Sebab zah tak rasa sakit..zah berani ajakla..tapi siap juga barang2 hospital. Andai sakit terus g hospital.. setel urusan durian..malam tu hantar anak2 g umah tok depa..sebab depa dah janji nak p umah tok..hantar akmal dan aqilah.

16 Julai 2015.

Masa ni zah terjaga jam 4.45am. Rasa perut sakit macam cirit birit. Dua tiga kali masuk toilet. Lepas tu bancuh milo ais. Makan kurma...lepas subuh tido balik..

Terjaga jam 8 pagi. Suami tanya nak masak rendang ke..sebab malam tu zah memang habaq kat dia..kalau tak bersalin lagi zah nak masakla rendang.. husband siap beli 2 ekor ayam. Sekilo daging dan rencah2 nak masak rendangla. Zah pun dah order 4 batang lemang..

Sementara husband g pasar. Zah kemas umah. Menyapu. Lap habuk. Cuci kain. Jemur kain...pastu setel ruang tamu. Zah keluarkan semua baju raya anak-anak. Baju lama zah dan suami..memang tahun ni kami mix and match shj..hihi.. iron baju dalam 2 jam juga..

Tetiba rasa senak perut. Sakit tahap gaban kat ari-ari tu...zah g toilet sekali lagi...terasa ada something keluar..mukus plug + darah again..alhamdulillaasa tu syukur dah sebab tau adik tak lama lagi nak keluar.

Setelkan baju raya..elok tinggal sehelai..sakit makin bertambah2..tp bukan contraction. Zah takleh nak jangka ni sakit bersalin ke sakit sebab lain..tapi habaq gak kat suami..jomla kita siap bawak amani p umah mak and hantar baju anak-anak kot2 la zah nak bersalin.

Kata kat husband kita tunggu sakot betul-betul nanti kat rumah makla.. pastu zah g mandi air panas...adala dalam 30 minit..still no contraction tapi heavy pain kat ari2 ke pinggang..jenuh swing bawah air panas..tapi sakit tak berubah..

Gerak g umah mak dalam jam 12.45 tengah hari. Sampai jam 1.00 mcm tu..zah kira-kira sempatla nak zohor ke apa..siap cakap kat husband dalam jam 3 ok kot kita p hospital..sebab tak boleh tahan sakit kat ari-ari ni..just nak periksa kotla kencing kotor ke apakan..

Jam 1.30 petang..elok lepas g toilet..plop bunyi..ayaq ketuban pecah..cepat2 keluar..ajak husband g hospital..rasa mcm tak sedap hati..huhu..so kitorang gerak ke hospital kulim dalam jam 2 petang.

Sampai hospital kulim 2.30 petang. Still tak sakit..tapi air ketuban mcm air terjun..subhanallah..ni pengalaman pertamala juga pecah ketuban kat rumah..dia rasa panas dan jernih je..

Ajak suami parking jauh dan kitorang pelan-pelan ke ER untuk terus masuk ke Wad Bersalin Hospital Kulim. Zah doa banyak-banyak dan set dalam kepala. Apapu jadi semuanya mesti cepat dan mudah.

Jam 3.00 masuk labour room. Alhamdulillah jumpa nurse,dia minta zah buat urin test. Timbang berat..masa ni malu juga sebab air ketubam still turun..habis basah lantai wad.

Nurse datang dengan seorang Doktor Cina Lelaki. Tapi yang bagusnya dia minta izin dulu. Ok ke tak..nurse tu kata..ni ke doktpr yang ada tapi jangan risau dia Senior Doktor dan paling best sekali. Yang lain doktor pelatih sahaja. Zah pun setuju.

Alhamdulillah..niat yang betul..dan bila kita permudahkan orang..orang akan permudahkan kita.
Once dapat senior doktor..segalanya mudah..zah langsung tidak disentuh oldh doktor pelatih.

Masa doktor buat VE dia cakap betul air ketuban yang pecah tapi still ada lagi sebab lapisan ketuban tak pevah habis dan bukaan dah 5 cm masa tu..lega sangat. Dia suruh jumpa suami. Makan sikit dan ambil baji baby.

Dalam jam 3.30 petang zah masuk balik ke labour room..doktor yang sama entertain zah...bukaan dah 6 cm. Tp ketuban zah still tak habis keluar..sekalinya bila doktor periksa...ketuban zah terlalu banyak..fuh..1st time katanya jumpa benda ni..Doktor kata serviks dah sangat lembut dan baby memang bagi progress...so dia kata kita jumpa lagi jam 7.45 nanti...jangkaan bersalin jam tu lah..

Tapi dalam jam 4..bacaan CTG nampak tak berapa cantik..dia terus panggil HOD ONG - doktor perempuan. Dia periksa dan kata serviks awak sangat lembut. Tapi jantung baby dah lemah..so dia minta izin untuk bantu..masa ni dah 7cm..

Pada masa yang sama dia minta zah teran if sakit...zah bila dengar baby punya jantung lemah..zah pun doa..baca ayatul kursi..baca doa nabi yunus..cakap kat baby. Baby kena bagi kerjasama kat mama untuk keluar juga...

Alhamdulillah...lepas dalam beberapa minit..doktor kosongkan pundi kencing..lagi cepat adik turun ke bawah..sampai tak sempat nak panggil husband..nasib doktor ingat..elok husbamd masuk..kepala baby keluar dah..elok husband pegang zah..terus baby adik meluncur laju..subhanallah..

Jam 4.30 petang. 29 Ramadhan 1436H. 16 Julai 2015. Lahir seorang lagi khalifah di bumi..bayi lelaki yang cukup sifat..3.24kg..di minggu ke 37. 5 hari...

Delay Cord Clamping hampir 15-20 minit...potong lepas uri keluar.. breastfeed dalam labour room..takde ubat tahan sakit..depa tak offer pun..cuma masa nak jahit zah kena 1st degree..jahit sikit..maybe sebab teran awal tadi..takpelah janji baby selamat dan takde emergency c-zer...

For me. 10 bintang boleh bagi kat Hospital Kulim. Awesome punya layanan mcm hospital swasta. Takde pompom girl dari nurse pelatih. Masa nak bersalin hanya 2 orang doktor bersama dan jugs suami. Proses keluarkan uri oleh ketua jururawat. Begitu juga proses jahit. Ada doktor pelatih tapi mcm tak yakin je buat kerja..so zah minta nurse yang ada pengalaman buat...

Alhamdulillah..jam 6 petang zah dah boleh masuk wad 10...memang keluar tu senyum je..tp lapar..hahaha..

Kenangan dalam wad nanti zah share ye...alhamdulillah..segalanya selesai...oh ye sebelum g hospital zah ada amik ostematrix dan b complex. Zah rasa vitamin ni sangat membantu sepanjang kelahiran baby adik.



Nanti sambung lagi. Banyak nak share.

Love.
Izzah
017.413.4689

posted from Bloggeroid

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics