Monday, June 01, 2015

Breastfeeding 101 : Menyusukan Secara Terus (Direct Feeding) atau Memerah Selepas Bersalin

Lately, zah memang agak aktif di group2 penyusuan susu ibu pasal BF. mana yang dan zah jawab zah bantulah..tp zah suka baca perkongsian2 ibu-ibu BF lain...lagi banyak kita belajar..


Seronok sangat sekarang sebab dah ramai ibu-ibu muda yang terbuka hati nak BF anak mereka. Zah selalu pesan kat peserta-peserta kelas BF yang zah bagi ceramah. Dahulukan penyusuan secara terus. Jangan obses nak perah susu tapi 'bonding' yang sepatutnya kita bina antara ibu dan bayi di awal-awal kelahiran tu kurang. Adalah tidak mustahil nanti ada ibu yang mengeluh, bayi keliru putinglah, tak nak bf la..itulah inilah..

sebenarnya semua masalah tu rupanya disebabkan kurangnya ikatan antara ibu dan anak. Ibu suka pegang pump lebih dari pegang baby. Baby biar tidur je...hihi....


Kalau Zah, sejak kat hospital sampailah balik rumah, baby tu zah suka kelek macam ni..masa cuti pantang ni lah kita leh manja-manja dengan babykan...kitapun bukan perlu mengadap kerja rumah tu...nak sihat kalau..silalah berpantang dengan bayi anda..bukan berpantang dengan pump susu ye..


Kalau nak perah susu sekalipun. UTAMAKAN bayi kita ye...utamakan bayi...insyaAllah..takde masalahpun nak perah susu tu..tp janganla utamakan memerah....nak susu banyak.bukan perah susu kerap-kerap sahaja...bf baby kerap-kerap lagi bagus dan cepat kesan dia dari kita dok pump banyak kali tu...


Bf on demand.
Tak perlu letakkan jadual.
Susukan sejam sekalipun bagus..
karang kita sendiri akan rasa beza..
susu akan mula bertambah sampai over bila day 4-5..
so tak yah kalut nak perah susu.

so bila nak mula perah susu utk stok EBM?
next entry ya.

Mahu tips lagi?
Lepas ni cari ‪#‎IzzahBF101‬.
Cikgu susu akan gunakan # tu utk mudahkan kita buat koleksi ‪#‎TipsPenyusuanSusuIbu‬

Love
@harizah_azfar 
017.413.4689


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics