Sunday, May 03, 2015

Cloth Diapering 101 : Best ke pakai Cloth Diaper ni πŸ‘Œ



Alhamdulillah.
4 hari cuti panjang zah gunakan untuk cuci semua kelengkapan menyambut baby adik...sementara kuat ni kan..

Tidak dilupakan. Zah juga amik kesempatan cuci semua cloth diaper untuk baby adik pakai bila lahir nanti. InsyaAllah ini merupakan kali ke 4 zah akan pakai cloth diaper untuk anak-anak.

Nasib baikla sedar diri...rupanya...zah ada stok yang cukup banyak bila baby adik lahir nanti. Jangan membazir beli yang baru..hihihi



Kalau tanya Zah. Zah dah gunakan banyak juga jenama CD..alhamdulillah anak-anak zah pun takde masalah nak pakai insert yang mikrofiber ke..bamboo ke...kiranya semua jenis anak-anak ok.

Antara jenama CD yang zah pernah pakai adalah seperti berikut :-

πŸŽ€ Coola Baby
πŸŽ€ Happy Flute
πŸŽ€ Grovia
πŸŽ€ Bum Genius
πŸŽ€ Bumblebubs
πŸŽ€ Charlie Banana



sebagai permulaan. Sebelum semua CD digunakan kita kena pre wash dulu CD ni. Tujuan dia adalah untuk buang semua sisa bahan kimia dalam kain. Segala minyak dan juga nak bagi semua insert menyerap dengan lebiu baik. Kalau insert jenis mikrofiber tu...3 kali pre wash dah cukup..tp kalau yang jenis mcm grovia punya insert kena pre wash 4-7 kali.

Apa pre wash ni?

Maksudnya adalah

Cuci
Kering
Cuci
Kering
Cuci
Kering.



Kalau tanya zah. Guna CD takdelah sesukar mana. Zah tak suka rumitkan keadaan. Nak basuh pun tak susah. Buang najis. Campak je dalam mesin basuh..biasanya zah akan buat 2 kali pusing. Sekali gunakan sabun. Sekali kosong. Biar bilas dengan air je.


Ok korang. Jom pilih Cloth Diaper untuk memastikan bumi anda bersih tanpa menyumbang kepada sampah negara anda.



With love.
@harizah_azfar
017.413.4689

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics