Wednesday, May 13, 2015

Breastfeeding 101 : Persediaan Kembali Bekerja




Bagaimana mahu menjayakan penyusuan ditempat kerja?

1. Perancangan awal – maklumkan kepada majikan sebelum kelahiran anak tentang rancangan untuk menyusukan anak. Dapatkan maklumat tentang polisi syarikat terhadap penyusuan di tempat kerja. Sekiranya syarikat tersebut tidak menyediakan tempat khas untuk mengepam susu ibu dan menyimpannya, anda mungkin perlu membuat persediaan bagi membolehkan perkara tersebut dilakukan. Cari tempat sesuai untuk mengepam dan menyimpan susu ibu tanpa gangguan.

2.Sekiranya anda akan mengepam susu di pejabat, sediakan kad ‘jangan ganggu’ untuk diletakkan di pintu. Jika anda bekerja di cubicle di mana hampir tiada privasi, minta sebuah bilik yang membolehkan anda mengepam susu sendirian tanpa gangguan atau teruskan mengepam di meja anda. Saya pernah bertemu dengan ibu-ibu yang telah mengepam susu di meja kerja menggunakan kain litup sambil bertugas. Saya juga oernah membaca seorang pramugari yang mengepam susu ketika bekerja di atas kapal terbang!

3.Beritahu rancangan anda kepada rakan sekerja. Mereka mungkin tertanya-tanya ke mana anda pergi beberapa kali sehari. Oleh itu, jelaskan tentang rancangan penyusuan anda dan jadikan mereka sebagai pasukan sokongan. Terangkan dan yakinkan mereka bahawa penyusuan tidak akan menjejaskan produktiviti di tempat kerja.

4.Gunakan masa dengan bijak. Kerja-kerja ringan seperti membaca dan membalas email boleh dilakukan semasa mengepam susu. Sebagai pegawai kerajaan dan bertugas di Jabatan Negeri, saya menggunakan masa mengepam sebagai sesi pembelajaran – masa menaip laporan, menulis catatan kerja, atau kerja-kerja dihadapan PC.

5. Makan dengan sihat dan banyakkan minum air. Ramai ibu yang kembali bekerja mengalami penurunan kadar susu yang dihasilkan. Dinasihatkan untuk ibu-ibu memastikan badan terhidrat dengan meminum banyak air dan makan dengan sihat. Elakkan kafein dan alkohol.

6. Pastikan jangkaan anda realistik. Tidak semua ibu mampu menghasilkan 5-6oz susu ibu pada hari pertama kembali bekerja. Stres boleh memberi kesan kepada kadar penghasilan susu ibu. Oleh itu, amalkan pemikiran positif. Meneruskan penyusuan anak selepas kembali bekerja merupakan pencapaian yang sangat baik. Jangan letakkan jangkaan yang terlalu tinggi untuk penghasilan susu ibu. Tugasnya tidak mudah, tetapi setiap sesi mengepam atau penyusuan akan membuat anda lebih cekap melakukannya.

7. Enjoy every moment as a breastfeeding mom. Jangan anggap semua ini beban. Susah nak memerah adalah alasan yang kita cipta. Jika kita ada masa keluar makan. Sempat borak dengan officemate. Mean kita ada masa utk memerah susu.

Love Breastfeeding
Izzah.
017.413.4689

posted from Bloggeroid

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics