Friday, February 06, 2015

Entry 89 : 90 > Senario Mama Anak Tiga Membesarkan Anak-anak

Assalamualaikum dan selamat pagi :)

Korang-korang yang hebat, dah makan? jangan lupa sarapan ye..sarapan yang BERKHASIAT akan buat korang segar sepanjang hari.

Dah lama zah tak share pasal anak-anak zah yang tiga orang tu. Akmal, Aqilah dan Amani. Alhamdulillah, bulan kedua dah kak ngah dan abang long sekolah, so far so good dan bonda suka tengok perkembangan anak-anak.


Ingat lagi, masa zah dan suami nak hantar Akmal masuk sekolah masa umur 4 tahun. Ramai juga yang membangkang. Alhamdulillah, tindakan zah tepat...zah tau pilihan kami suami isteri tepat, di usia 5 tahun, akmal dah boleh solat dengan ayah, boleh azan, iqamat dan baca surah-surah lazim.

Kalau tanya zah, kami bukan nak anak dapat no 1 sahaja bila masuk sekolah, Zah nak anak-anak belajar apa yang sewajarnya dia belajar. Alhamdulillah, tradisi tu zah teruskan dengan kak ngah dan adik dia amani tu pun dah bercita-cita tinggi nak masuk sekolah juga tahun depan.

Adegan menangis masa sekolah?

Ada la juga cikgu cakap. Masa 4 tahun, Aqilah suka nangis..hahaha dia kan tak biasa berkongsi sangat..selalu kat rumah dia yang ketua. Adik dan abang kena mengalah..alhamdulilah lama-lama Aqilah dah ok kat sekolah. Dan jangan tak tahu...dia lagi bijak dari abang...cuma bab nangis tu, standart perempuan kot..hihi..

Oh ye, anak-anak Zah ni...zah memang ajar makan sekali. Sebab masa zah kecil, ayah kata tidak sopan bila ajak makan, tp buat tak tau...sampai kena panggil 2-3 kali, lagipun senang bila depa makan serentak...sekali je hadap makan bersepah, n cuci pinggan tu..

bab mandi dan tidopun..memang zah pastikan depa tido cukup, sebab senang nak bangun awal pagi masa hari sekolah. Bab mandi, ada everage masa la..sebelum maghrib, so sambil tunggu jam 8.00 malam untuk mengaji..anak-anak biasanya dah siap makan,mandi dan depa sendiri buka buku-buku yang ada kerja rumah, balik mengaji, rehat sat, study dan tido tepat jam 10.00 malam.

Jujur, tahun 2015 mama dan ayah kena laju sikit latih anak-anak membaca, sebab mereka kena bersaing bila nak masuk darjah 1. Doakan akmal lepasla ujian masuk sekolah agama. Akmal tu bercita-cita sangat ke sekolah yang pakai jubah bagai, zah dah list kan nama dia..tunggu sekolah panggil untuk ujian saringan je.

ok till then, nanti kongsi lagi :)


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics