Monday, January 12, 2015

Entry 87 : 90 - Aktiviti Meningkatkan Keyakinan Diri Anak-anak

Tahun 2015 ini Zah dan suami memang lebih teratur untuk jadual anak-anak, maklumlah depakan makin besar...dan sebagai parents...takleh nak serah 100% pada cikgu. Alhamdulillah...anak-anak Zah sekolah mula masa umur 4 tahun, jadi tahun ni takde adegan air mata...Cuma ada adegan air mata masa ke kelas berenang :)


Masa minggu pertama kelas berenang, Akmal dan Aqilah memang teruja nak g kelas. Mama sendiri memang takde pengalaman hantar anak g kelas. Tetapi sebenarnya, kelas berenang bukan setakat main air semata-mata. Tetapi lebih dari itu.

Zah memang cakap kat husband, antara tujuan bagi anak-anak masuk kelas berenang adalah nak build confident, trust dan skill depa. Berenang ni memang menuntut kesabaran dan keberanian juga.



Kelas berenang depa ni under 1 group umur 5-6 tahun.
Tetapi sebab Akmal dan Aqilah badan halus, nampak depa juga paling kecil..
ada dalam 12 orang kanak-kanak comel
Masa kelas 1st, ada 1 cikgu utama dan 2 cikgu iringan

  


Masa kelas pertama, memang Akmal dan Aqilah lambat sikit
hihihi nak masuk stage berani tu
masih takut-takut.
Tapi takpe, mama percaya...depa PASTI akan boleh berenang
asalkan tak putus asa.



Memang kelas sejam tu atas nama sahaja
Alhamdulillah,
dalam sejam lebih juga sebenarnya depa di ajar skill-skill berenang yang betul.


Kakak Amani, tak ketinggalan diperkenalkan dengan air.
Mama tiru silibus berenang cikgu...hihi insyaAllah nanti masuk 
kelas berenang lagi 2 tahun Amani dah berani dah..


Ini pula gambar kami sabtu lepas.
Mama dah chubby :) - 12 weeks of pregnancy..hihi
Kakak dan abang teruja juga sebab depa pakai baju baru kali ni.
Pakai baju yang sesuai pun ada sebab tau, begitu juga pakai topi dan goggles
kalau tak g kelas, mama tak taupun ingat just aksesori..
rupanya ada sebab :)


Alhamdulillah, kelas kedua depa dah ada peningkatan
cuma Aqilah menangis dua kali...
hahaha...nak gelak pun ada
nak nangis pun ada
tp zah tau dia seronok
sebab bila tanya kenapa nangis, aqilah kata dia tertelan air kolam
cuma part cikgu puji tu
buat keyakinan aqilah bertambah.


bila Aqilah nangis.
AKmal pun berjangkit..hahaha
tapi sekali je.
Nasib nangis dia tak lari cari mama
even ada budak yang lari tak nak belajar.
Anak-anak Zah tak..nangis-nagispun
mereka tetap habiskan kelas sejam lebih dengan cikgu :)


Amani pula, masa ni dia demam selsema sikit.
mata tu layu je sebab sebelum g berenang Zah bagi dia ubat
tp berenang tetap berenang


Kali ni amani lebih confident.
takde adegan jatuh kolam lagi
dah boleh ke tengah sorang-sorang...hihihi
Nect week insyaAllah kelas ke tiga anak-anak Zah ni berenang.

Btw, yuran kemasukan RM30 seorang, Yuran bulanan untuk 1 jam kelas RM60 seorang bagi 4 kelas setiap sabtu.

InsyaAllah, Zah dan geng mak-mak yang lain akan teruskan kelas sampai anak-anak kami pandai berenang sama :)

With LOve.
Izzah
Mama with 3+1 kids

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics