Friday, January 09, 2015

Entry 86 : 90 > Tandem Nursing kali ke dua


Hari nak share pasal tandem nursing, alhamdulillah masuk 12 minggu pregnant kali ni. Pantas dan laju sungguh masa berlalu....Zah pun masih juga menyusukan kakak amani.

Alhamdulillah, sepanjang bulan pertama dan kedua tu yakni week 1-10 zah takde la rasa susu takde ke apa, sebab amani pun takdelah nangis nak susu..cuma dia nangis bila zah tak bagi je. Selalunya Zah perasan, yang penting amani ni kehendak dia jangan ditolak. Lepas dia nyusu kiri, dia nyusu kanan..kalau dah takde dia stop.

Memang berbeza bila menyusukan anak yang dah lebih 2 tahun dengan 1 tahun semasa preggy, perasaan nak stop tu takdelah rasa bersalah sangat sebab amani pun dah besar. So far, bila mama acah-acah kata sakit, tak larat, pening ke apa...amani ok je stop menyusu...

Cuma untuk malam nak tidopun sama ada zah tido dulu or amani tido dengan ayah dia. Dah 12 week ni susu kita dah rasa lain sikit, amani mesti bangun nak air masak...susu dah rasa masin dan benda biasa bila anak dahaga semasa menyusukan.

Kalau tanya Zah, zah takde niat nak tandem terus dengan adik dia nanti...hihihi sebab zah tau penat dan letih dia macamana...tapi tak berani nak kata, kot anak nak..zah still bagi..sebab depa pun pandai besar..tak sampai hati pula nak paksa berhenti tetiba..pelan-pelan shoul be ok.

Ada yang tanya zah, sebab zah gugur last september tu sebab bf amani ke? Zah tak rasa sebab amani, sebab amani pun dah nak masuk 2 tahun masa tu, Takde rezeki dan maybe stress melampau..So untuk baby kali ni, memang doa Zah panjang bila mengadap Allah, Zah jaga pemakanan, Zah kurangkan aktif dan malas nak layan tekanan kat office...Mean Zah ikut flow badan...kalau tak larat, zah rehat..kalau lapar zah makan...hihiih

Ada juga yang bising bila tengok Zah bf amani masa kenduri arwah mertua hari tu, tp zah buat bodoh je..tak kan nak biar anak meraung-raung nak susukan..at least, bila anak disusukan..dia lebih tenang...selepas 2 tahun, anak bukan nak kenyang dengan susu..tp lebih pada manja je...

Apapun, kalau korang baca entry ni. Keputusan nak BF anak masa pregnant tu jangan ikut orang. Kalau larat teruskan, kalau tak larat berhenti. Ingat yang dalam kandungan sama...insyaAllah doa banyak-banyak. Minta Allah permudahkan journey hamil dan menyusukan kita.

With Love
Izzah
Moms for 3+1

1 comment:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

waaaa..kagumye... due kita tak jauh la.. selang seminggu jer ;-)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics