Wednesday, January 07, 2015

Entry 85 : 90 > Pregnancy kali ini

Alhamdulillah, seminggu lagi selesailah tremister pertama :) - ingatkan lepas habis tremister pertama ni, mama semakin kuat, takdenya...yang kuat masa week 1-8 sahaja, takde tanda preggy macam lepas-lepas, tp masuk week 9-12..amik kau..keje dia nak tido, moody dan cukup time jam 1 tengah hari ke malam dia akan mulala meloya, standartla lepas lunch muntah...sampai mak yong takut nak makan heavy, tp tak makan lapar.


So pregnancy ke 5 ni zah takde alahan, makan banyak dan perut dan besar n nampak..hahaha memang kena gagahkan diri berpantang kaw-kaw lepas baby adik lahir. Zah pun masih menyusukan amani, cuma takdela kerap sangat macam dulu..Amani pun dah tido, dia lena sampai pagi.cuma biasanya dia akan menyusu 2 kali mwaktu kerja, masa jam 6-7 petang then sebelum tido. susu ada ke tak? alhamdulillah, so far zah tengok amani menyusu ok je...nampakla lelehan susu lagi lepas dia bf ngan zah...:) - sebenarnya zah pun dah tak larat nak bf, tp bila nak stop, dengar amani merayu-rayu nak susu...sedih jugak..tp tak sesedih masa kakak aqilah dia..amanikan dah 2 tahun 2 bulan..so dah besar dah...tp bila nak stop, ayah dia yang kata..ala relaks la mama...masa preggy amani dulu ok je nyusukan aqilah...hihi...so ai gagahkan jugala.

lagi satu masalah zah adalah sembelit - bukan sembelit teruk, susah nak membuang if tak makan ostematrix. Alhamdulillah, preggy kali ni dah mula bercinta dengan produk shaklee so masalah sembelit tu takdelah teruk sangat..minum air masak, makan ostematrix sebelum tido dengan b complex. Esok pagi lancar je..

Emm, cuma zah belum lagi buat buku pink...hahaha anak dah no 4 ni, malas pula nak g awal-awal. Cuma g buat pemeriksaan dengan Dr Liow je...hopefully, rajin, kalau tak rajin nanti bulan ke 4-5 la baru buat buku...hihihi..eh korang, zah perasan..masa 8 weeks tu..dah rasa denyut-denyut dah baby, maybe dah ada pengalaman sebelum ni kan..so tu yang rasa awal..

ok till the end.

nak sambung buat kerja :) - btw entry ni amik masa dekat 2 jam siap..hahaha

oh ye, zah juga amalkan tanpa tinggal sehari pun vitamin shaklee

ada ESP - Vitalea - Vitamin C - B Complex - Ostematrix 

insyaAllah nanti nak add omegaguard pula masa 13 week :)




Love,

Izzah
Mom of 3 +1 kids

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics