Friday, December 26, 2014

Entry 83 : 90 - Alhamdulillah, rezeki bertambah lagi.

Alhamdulillah,
Selepas keguguran bulan September lepas,
 Allah izin dan makbulkan doa zah dan Suami lagi.
Zah dah pun hamil kembali.

Kehamilan ke 5, dan jika Allah izinkan.
 Baby ke 4 buat zah dan suami.
Kalau tanya zah, cepatnya lekat balik.
 Tapi ni semua rezeki, lepas berpantang keguguran hari tu,
 zah datang period bulan Oktober, dan itulah period terakhir zah.

Sebenarnya, kehamilan kali ni takde tanda. 
Zah kuat, tak melepek mcm baby ke 4 hari tu...
takde mood swing dan segalanya ok shj.
Cuma bila period lewat dari tarikh..berdebar juga..
hihi seminggu lewat baru test, alhamdulillah...double line.

cuma, masih risau dan takut-takut, maklumlah,
 baby lepas elok tahu 2 days tu dia pergi...
So,  apa zah buat lepas tahu preggy?

Zah jaga diet, selera zah naik sangat tau..huhuhu 
kalau korang ada masa jumpa zah, baby bump dah ada..haha baru 10 weeks,
 kain baju kurung tak leh nak zip...nampak? 
memang kena usaha lebihla kurus lepas ni...hihi 
but now, zah kena enjoy my pregnancy.

Alhamdulillah, zah dah jumpa doktor.
 Cuma doktor yang biasa zah jumpa takde, dah retired katanya, 
so lepas fikir-fikir, buat masa ni zah still akan ke hospital yang sama sebab doktor je takde, 
yang lain masih sama...termasuk bau hospital..hahaha...
babypun dah develop dengan baik, doktor kata ni baby bulat juga, 
jantung dia kuat, nampak dah bentuk kepala, kaki, tangan masa zah scan 2 hari lepas.

Pregnant kali ni zah amik Set Kehamilan Shaklee...
so far ok je telan vitamin, cuma b complex zah makan malam dengan 
ostematrix, vitamin c n vitalea zah makan lepas sarapan...

Pregnant usia 31-32 an ni cabaran dia letih sikitla. 
Zah akan mula evening sickness start jam 1 petang....
memang meloya dan letih sikit...bertabahlah..utk beberapa week habis tremister pertama ni..

Btw, zah masih menyusukan amani. Kakak cantik Amani tu suka je nak adik, tp nenen still on...amani pun ok je takdela nak bergayut sangat...dia menyusu untuk manja...nanti bab Menyusu semasa hamil zah tulis lain ye...doakan zah ye...
insyaAllah baby hujung julai atau awal ogos...

Exited tau..hahaha zah dan suami mcm nak dapat anak sulung..Allahuakbar,...
Terima kasih Allah untuk nikmat ini.

till write again.
Lots Love,
Izzah.

Moms of 4 great babies.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics