Monday, December 08, 2014

Entry 77 : 90 - Dijemput menjadi contributor Majalah MamaPapa

Alhamdulillah, september lepas zah menerima email dari seorang editor majalah untuk menjadi penyumbang kepada majalah mereka. Kalau ikut syarat dan cabaran menulis memang tak sanggup, tetapi mengenang ilmu yang bakal setiap ibu akan dapat buat Zah menerima lamaran tersebut.

Kebetulan, zah diminta untuk menulis sesuatu yang Zah minat...dan kebanyakan intipati yang zah perlu tulis sudah banyak dikongsi di blog ini....zah pun bersetuju....alhamdulillah, artikel pertama telahpun keluar di Majalah MamaPapa yang bertajuk, Susu Badan Sedikit Apa Perlu Buat.

Boleh baca artikel ini esok pagi : insyaAllah zah akan publish kat blog.

Bila bercerita bab menulis, orang nampak senang...tapi nak menulis fakta yang mudah faham tu sedikit sukar sebenarnya. Tambah lagi menulis mengenai penyusuan yang sering menjadi salah anggap kepada para ibu baru.

InsyaAllah, ada setahun perjalanan zah dengan majalah ini. Doakan yang baik-baik sahaja. Semoga Allah permudahkan zah menggarap idea menulis. Alhamdulillah dah 3 artikel zah hantar kepada editor, insyaAllah akan menyusul lagi selepas ini.

Jika ada sebarang komen, boleh email zah di izzahazfar@gmail.com. InsyaAllah soalan anda zah cuba jawab sebaiknya. Namun mohon untuk baca blog ini terlebih dahulu. Tak faham baru tanya ya :)

Salam Penyusuan Susu Ibu,

Noorharizah Azfar
Kaunselor Laktasi
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics