Wednesday, November 26, 2014

Entry 76 : 90 > Kursus Kehamilan, Berpantang & Penyusuan Susu ibu di USM

Alhamdulillah semalam bersamaan 25 November 2014, Zah dan beberapa orang admin Kelab Titisan Emas Ibu-ibu Utara telah melapangkan diri untuk menghadiri kursus anjuran Universiti Sains Malaysia.

Kursus tersebut telah mengundang 3 orang tokoh terkenal di dalam dunia kehamilan, penyusuan, berpantang dan herba...alhamdulillah banyak ilmu yang dapat diperolehi hasil dari kursus yang kami hadiri.

Dari kiri : Peer Counselor Nur Hidayah, Peer Counselor Nurul Fazlin, Dr Zaharah Sulaiman, Dr. Shima dan Kaunselelor Laktasi Noorharizah Azfar - Admin Kelab Titisan Emas Ibu-ibu Utara bersama penceramah pertama.

Kursus Kehamilan, berpantang dan Penyusuan tersebut dimulakan seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 4.30 petang memang penuh dengan informasi yang seharusnya para ibu faham dan tahu.

Antara yang dikongsikan adalah apa yang sewajarnya ibu buat jika mahu hamil, semasa hamil, berpantang dan menyusukan.

Antara yang zah boleh kongsi adalah mengenai surah-surah yang baik diamalkan semasa hamil.
  1. Surah Al-luqman - http://www.surah.my/31 - Untuk anak pintar, cerdik dan baik akhlak
  2. Surah Maryam - http://www.surah.my/19 - Untuk mudah bersalin
  3. Surah Al-Hujurat - http://quran.com/49 - untuk memperbanyakkan susu
  4. Surah Yaasin - http://quran.com/36  - anak teguh jiwa dan hati, tidak mudah terpengaruh dengan maksiat.
  5. Surah Nahl - http://www.surah.my/16 - Anak lebih berdisiplin
Tetapi Dr. Zaharah lebih menyarankan agar kita dapat khatamkan Al-quran sepanjang kehamilan ini. InsyaAllah anak yang dilahirkan akan lebih baik dan soleh/solehah kelak.


Dalam setiap bicara Dr. Zaharah juga menyatakan bahawa - Stress During Pregnancy can effect child health - http://www.mindpub.com/art332.htm kerana emosi dan pemakanan yang ada pada ibu akan disalurkan kepada setiap darah yang mengalir pada anak.

Beliau juga berkongsi mengenai beberapa amalan yang bagus sepanjang kehamilan iaitu :-

  1. Ibu sewajarnya makan makanan yang berkhasiat - berhenti makan makanan segera yang tidak menyihatkan.
  2. Ibu perlu menggelak dan mengurangkan pengambilan kafien.
  3. ibu perlu mengelak daripada melakukan maksiat sesama manusia
  4. ibu perlu mengelak daripada berpakaian yang tidak sopan
  5. ibu perlu mengelak daripada bertutur dengan perkataan yang tidak sopan.
  6. ibu perlu berhenti amalan tanpa nas yakni mengamalkan perkara tanpa tahu hala tuju seperti lenggang perut atau baby shower.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amalan semasa menyusukan juga sewajarnya di jaga.

Ibu yang menyusukan anak seharusnya melaksanakan perkara-perkara yang baik sepanjang proses menyusu secara terus (direct feed) ataupun semasa memerah.

Kerana segala yang baik-baik akan disalurkan kepada anak dan menjadi darah daging anak-anak kita.

Kewajiban menyusu tertulis di dalam surah al baqarah ayat 233 : “Para ibu hendaknya menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi orang yang ingin menyempurnakan penyusuannya.” (QS. Al-Baqarah : 233).

Manakala Allah juga telah menggariskan agar  para bapa memberikan upah kepada isteri/ibu susuan yang menyusukan anak mereka di dalam surah al-talaq ayat 6 "Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya." (Surah At-Talaq, ayat 6).

Zah simpulkan dari penerangan daripada Dr. Zaharah adalah ibu yang menyusukan anaknya perlu sentiasa bertenang, mengamalkan amalan-amalan yang sihat sepanjang menyusu serta mengelakkan dari stress yakni tekanan untuk memastikan ibu sihat dan berupaya memenuhi keperluan anak sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan.

Penyusuan susu ibu juga digariskan di dalam al-quran selama 2 tahun, tetapi tidak diletakkan WAJIB dan juga tiada istilah haram sekiranya menyambung penyusuan tersebut.

Makanan tambahan bukanlah topik utama sepanjang menyusukan anak kerana makanan tambahan tidak akan mengubah kualiti susu ibu tersebut. Tetapi jika ibu mahu ambil untuk diri mereka, untuk kesihatan mereka, makanan tambahan adalah dibolehkan. Penyusuan Susu Ibu lebih kepada demand dan supply dan hormok prolaktin dan oksitoksin.




Lagi satu, ibu kena kreatif dan inovatif untuk berjaya menyusukan anak. Jangan bina alasan dan tembok untuk menghalang kalian menyusukan anak ya.

InsyaAllah, ibu yang berilmu pasti akan berjaya!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Petangnya pula slot dari Ustazah Che Nazrah Yusof dan Prof. Madya Dr. Zuraidah Mohd Yusof dari USM.

Ustazah berkongsi mengenai berpantang menurut perspektif Islam dan adat. Manakala Prof. Madya Dr. Zuraidah Mohd Yusof berkongsi mengenai herba dalam berpantang - tradisional dan moden.

Kalau tanya Zah, petang punya slot ni nampak simple tapi memang menusuk ke jiwalah. Antara yang disentuh adalah amalan berpantang kita yang kadangkala tidak masuk akal. Terutama apabila orang-orang tua buat terlalu banyak pantang larang yang menyebabkan tempoh berpantang seorang ibu itu jadi traumatik.

Tempoh berpantang tak salah - 44 harilah, 100 harilah tp sekiranya darah nifas habis 30 hari, ibu dah kena mandi dan boleh solat ye. tak perlu nak cukupkan 44 hari tu.

sekiranya darah nifas masih ada sampai 60 hari, hari ke 61 ibu berpantang dah wajib solat sebab tu bukan darah nifas dah.

korang pernah dengar pasal mandi wiladah?

Menurut Ustazah Che Nazirah - mandi wiladah ni hanya sekiranya kita bersalin tanpa darah. Bagi mengelak kekeliruan, darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak.

Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan. 

Ustazah juga maklumkan bahawa, berpantang dalam Islam adalah harus kerana kita wajib menjaga kesihatan diri. Cuma benda-benda mengarut tak perlula ikut macam air takleh minum, nasi takleh makan banyak...

ibu perlukan tenaga yang cukup selepas bersalin, nak bertenaga kenala makan makanan yang berkhasiat ya.

Amalan berpantang seperti bertungku, mandi herba, berurut dan mana-mana amalan yang baik boleh dilaksanakan dalam Islam. Jangan memudaratkan diri anda sahaja.

pasal herba zah tak berapa nak amik port, tp ada beberapa herba yang kena tanam lepas ni...hihihi....daun inai, daun serai wangi, pokok cekur, halia bara, kunyit, daun-daun herba ini bagus untuk jadi amalan.

Mandi 7 bunga pun bagus untuk kecantikan tau!
bukan masa bersalin dan berpantang sahaja.

btw - kalau zah ditakdirkan preggy, berpantang dan menyusukan lagi.

InsyaAllah zah akan amalkan set berpantang shaklee :) - cukup luar dalam dan selamat untuk bayi. InsyaAllah.




Semoga entry bermanfaat :)

With Love.
Izzah
019-4142469



No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics