Tuesday, November 04, 2014

Entry 74 : 90 - Tips memerah susu di pejabat

Alhamdulillah, hari ni zah diberi kesempatan untuk menulis lagi.

Sape geng memerah di pejabat angkat keyboard!



ok korang,

kalau kerja - lihat persekitaran kerja ya, 
sebab ada antara kita yang tak perlupun stok berkoyan.
yup -buat extra tapi tak perlu sampai nak deep freezer berpuluh biji..
lebihkan bayi dari memerah ya...

ok back to the topic

zah senaraikan beberapa keperluan penting untuk anda sediakan sekiranya bekerja bagi meneruskan penyusuan. Kerja bukan halangan untuk kita berikan permata hati susu ibu - The Magic Milk

  • Breastpump elektrik single/double : Zah prefer pada double sebab kita hanya akan amik masa 15-20 minit untuk memerh sekurang-kurangnya 3-4 kali di pejabat. Malah korang boleh perah di meja senyap2 tanpa orang tahu
Zah gunakan pump ni nak masuk 6 tahun dah - alhamdulillah, berbaloi dengan harga yang zah laburkan.

anda?

terpulang, ada banyak pump di pasaran, janji pump tu tak membebakan kalian dah ye...so terpulang...


  • Nursing Cover / Selendang tebal - untuk cover aktiviti memerah anda di pejabat, Zah sepanjang BF anak sulung - bos langsung tak tahu yang zah perah susu tau....meja zah depan bilik bos je...alhamdulillah, anak sulung zah menyusu susu ibu selama 15 bulan.



  •  Sediakan botol untuk simpan susu yang cukup, ice pack dan cooler beg yang mampu bertahan dengan cuaca pejabat anda. InsyaAllah pemilihan yang betul akan memudahkan anda menyimpan susu perahan semasa di pejabat.

  • Ibu yang menyusukan kena pandai menjaga waktu makan di pejabat. Jangan sesekali skip makan ye, ada sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang, pilih makanan yang berkhasiat bukan ikut dan je nak makan - kang gemuk pula. 




  • Beli buku rujukan yang bersesuai dan boleh baca masa perah susu, tujuan dia -kita tak tumpu dengan aktiviti memerah masa memerah tu..so badan pun tak stress, bacalah buku/novel/majalah or baca blog....yg pening jangan stress.....





  • Zah suka pasang lagu masa memerah susu, so kita layan lagu dan tau-tau susu dah penuh dah kat botol. Ibu menyusu yang penting kena happy dan relaks, kawal emosi korang, jangan terlalu stress sebab tu semua punca susu sikit.

with love,
izzah
019-4142469


3 comments:

Zakiah Rashid said...

ala nak angkat keyboard x blh sbb pakai laptop..heheh gurau ja kak zah.. alhamdulillah saya masih bertahan untuk mengepam di pejabat.. saya hari2 buka blog akak.. sbg inspirasi.. thanx for the inspiration...

nina said...

tapi susah laa zah na memerah waktu keje. macam na kene asik berjalan je. camne ehhh..?

Anonymous said...

blh saya tahu brapa harga breastpump yg kak zah beli tu

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics