Monday, October 20, 2014

Entry 71 : 90 - Seminar Mudahnya Menyusu Road Tour 1 Malaysia

Alhamdulillah, ahad lepas Zah sempat luangkan masa untuk hadir satu kelas ilmu iaitu Seminar Mudahnya Menyusu - bayaran RM50 dikenakan untuk menghadiri seminar ini. Kebetulan Zah minta izin suami untuk hadiri kelas dan suami bersedia jaga anak-anak, Zah pun attend kelas ni.

Seminar yang simple dan seronok juga sebab Puan Zuain Ghani dan suami sama-sama berkongsi ilmu yang hebat. Malah seronok sangat sebab stah Pump On The Go yang hadir tu lelaki, jarang Zah jumpa lelaki yang pandai handle barangan penyusuan ni kan?

Ok dalam kelas apa yang Puan Zuain dedahkan?


  1. Tips Menjemput Rezeki - 5S (Sedekah, Senyum, Solat dhuha dan Tahajud, Syukur, Sumpah)
  2. Tips Mudahnya Menyusu
  3. Tips Mudahnya Memulakan
  4. Tips Mudahnya Mengepam
  5. Tips Mudahnya Menyediakan Susu Perahan
  6. Tips Mudahnya Maintain Susu Ibu


Malah beliau juga berkongsi bagaimana nak memerah susu secara Freestyle tanpa gunakan Pump Medela Freestyle - yang ni nanti zah buat entry khas ya.


Rata-rata yang hadir tu adalah ibu yang ada baby kecil di bawah 6 bulan dan ibu yang sedang hamil. Rasanya yang menyusukan todler adalah Zah dan puan Zuain sahaja...hihihi its ok...ilmu ni kita kena cari gali sampai ke hujung dunia.

Tak kisahpun berapa orang dah anak yang kita success menyusu, jangan sombong dan anggap kita ni ibu paling berjaya sebab pada masa depan kita tak tahu untung nasib.

Tugas kita sebagai ibu adalah belajar. Belajar dan belajar.


komen Zah :) - untuk ibu yang begginer memang bagus.

komen Zah yang dah ada sedikit ilmu ni - Zah belajar pula bagaimana nak handle soalan, peserta dan cara penyampaian yang berkesan. Puan Zuain Ghani mengajar pun simple -sebab dia juga seorang ibu..yang zah kagum dia boleh direct latch balik anak sulung beliau selepas dah sebulan melahirkan tanpa direct feeding. Teringat pula zaman zah awal-awal dulu...hihihi

Btw, kalau anda terbaca mengenai entry ini. Zah sangat syorkan korang hadiri kursus-kursus penyusuan yang mudah dan ringkas sebab nak menyusukan anak ni memang perlukan ilmu. Tapi ilmu yang bagaimana? Ilmu yang complicated atau ilmu yang ringkas dan padat tu yang penting...

Ada juga yang takut nak keluarkan duit untuk buat bayaran - tapi dengan kemudahan yang disediakan, kerusi dan bilik serta ilmu yang Puan Zuain kongsi, nilai yuran yang anda bayar bukanlah halangan. Sebab dalam kelas tu juga, ada acara buat patung- untuk mudahkan peserta belajar posisi yang betul dan juga ajar beberapa teknik urutan badan ibu, urutan payudara dan juga secara ringkasnya ajar bagaimana nak jadi ibu yang hebat untuk membesarkan anak dengan susu ibu.

Diakhir kelas, Zah sempat promote Kelab Titisan Emas Ibu-ibu Utara (korang boleh search di FB). Alhamdulillah, terima kasih kepada Puan Zuain dan suami sebab berikan Zah peluang promote pasal kumpulan sokongan kami di Utara.

Ilmu - lebih bermanfaat bila dikongsi.

With Love,
Izzah
Kaunselor Laktasi
019-4142469

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics