Friday, September 19, 2014

Entry 59 : 90 --------> Perangkap Membunuh Rasa mahu Menyusukan Anak.

Susu Perahan : 1 tahun 10 Bulan untuk Anakanda Nurul Qaireen Amani

 
Salam Ceria Para Pembaca!
 
Alhamdulillah, sekarang dah ramai sangat yang mahu menyusukan anak mereka, dah jadi fenomena malah di FB sendiri dah banyak sangat group ibu menyusu yang wujud berbanding dahulu. Maksudnya, penyusuan susu ibu sudah kembali kepada fitrah dan ramai yang tahu betapa seronoknya menyusukan anak mereka.
 
Zah sendiri mula menyusukan anak dengan susu ibu sejak tahun 2009. Usah ditanya tentang nak susu banyak, tambah lagi masa tu Akmal anak sulung menyusu dengan botol. Tiada penyusuan secara terus membuat zah lebih komitmen dengan pump spectra 3. Enam bulan pertama sahaja zah memerah 2 jam sekali siang malam.
 
Alhamdulillah, nikmat memberikan anak dengan susu ibu sangat indah!
 
Cuma  lately, banyak sangat iklan tentang makanan yang akan boost susu daan menggunakan perkataan susu melimpah ruah, lepas makan susu bengkak, susu jadi banyak penuh freezer.
 
Perlu ke susu banyak penuh freezer kalau ibu tu kerjanya  8-5 di office. Pada Zah, cukuplah kita ada simpanan yang seadanya tidak perlu sampai melimpah ruah. Selagi bekalan untuk anak itu cukup.
 
Susu sedikit. Susu Banyak. Susu Melimpah Ruah. Semua perkataan yang ramai ibu terperangkap dan mula merasa rendah diri. Malah ada yang langsung tidak percaya dengan keupayaan diri untuk menyusukan permata hati mereka. Zah berpendapat, elakkan daripada terjebak dengan perkataan-perkataan yang boleh menyebabkan diri seorang ibu putus asa, stress dan sedih. Sebagai seorang ibu, haruslah faham bahawa tiada istilah susu yang banyak dan susu yang melimpah ruah diperlukan sepanjang tempoh kita menyusukan bayi kita.
Susu Ibu, sewajarnya akan mencukupi sekiranya ibu faham maksud sebenar penyusuan susu ibu. Usah bandingkan antara Ibu A dan Ibu B kerana faktor bayi yang berbeza dan ibu sendiri adalah berbeza dengan ibu-ibu lain. Istilah yang seharusnya ibu-ibu pegang adalah 'Susu Ibu Pasti Cukup' untuk anak anda.
 
Salam Penyusuan Susu Ibu,
Noorharizah Azfar
Ibu Yang Punya 3 Cerita Menyusu yang Berbeza


Susu Perahan : 1 tahun 10 Bulan untuk Anakanda Nurul Qaireen Amani
 
 
 

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics