Tuesday, September 09, 2014

Entry 55 : 90 ----> Penyusuan Susu Ibu Bermula dengan Passion

sumber : http://kellymom.com/blog-post/breastfeeding-a-universal-language-of-love/
 

Lama tidak menulis panjang mengenai penyusuan susu ibu. Alhamdulillah hari ini rasa terpanggil untuk menulis kembali...
 
Zah bermula dengan anak pertama since 2009. Tapi sebagai seorang EP mom's, Penyusuan Susu Ibu tidaklah semudah yng disangka...alhamdulillah, dalam letih, sedih dan cabaran melanda...Zah lalui juga perjalanan penyusuan itu.
 
Untuk rekod, akmal tidak menyusu secara terus dan zah memerah 2 jam sekali setiap hari sehingga akmal berumur 6 bulan. Kemudian, Zah memerah 3 jam sekali sehinggalah disahkan pregnant masa umur akmal setahun 1 bulan.
 
Apa beza Akmal dan adik-adik dia yang lain?
 
Kalau dari segi mutu kesihatan, akmal memang kerap sakit, dan kalau sakit, memang teruk. Akmal pernah masuk wad sekali masa dia umur setahun lebih, apa zah buat...zah intensifkan balik akmal dengan fresh milk. Alhamdulillah, walaupun demam panas akmal teruk sangat masa tu, tp akmal lalu makan...zah percaya sebab susu ibu tersebut, Allah izinkan Akmal sihat.
 
Akmal menyusu susu bonda sampai 3 tahun ++ juga. Namun, sebab dia tak direct feed zah still rasa bersalah sampai sekarang :)
 
doakan akmal sihat dan terang hati, hari-hari dia bisik nak ke sekolah tahfiz, nak pakai jubah..:)
 
orang bilang, kalau sudah passion aka jatuh cinta, kita akan study sungguh-sungguh pasal susu ibu. Alhamdulillah, zah pun dah mula join Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC) masa akmal  umur 1 tahun 1 bulan, nak jadi cerita...elok lepas kursus, zah pregnant aqilah irdina tu..
 
Alhamdulillah, journeynya sangat manis sepanjang menyusukan kak ngah, langsung takde masalah milk supply, susu zah sangat banyak..subhanalallah...maklumlah masa tu, aqilah berkongsi susu dengan akmal..so demand 2 orang memang cover.
 
malah sepanjang menyusukan aqilah, zah sempat tandem nursing dan nursing while pregnant.. cabaran dia memang ada, tp kalau dah bercinta, datanglah dugaan macamanapun kita redah je..
 





alhamdulillah, Aqilah pun menyusu lama...3 tahun 3 bulan dia kongsi dengan adik dia yang no 3 tu qaireen amani, ebm yang berlambak dia minum masa zah pregnant...so bila amani lahir, aqilah pun dah stop dengan botol susu, dia memang tak minum ebm...dan ebm zah even tak sebanyak masa aqilah dulu, still berlebihan...sebab amani jenis minum sikit-sikit je, tp kalau makan, subhanallah memang makan banyak...
 
 
 
ok, nak share jugak, amani sekarang dah nak masuk setahun 10 bulan, susu perahan dah surut kat freezer...hihihi semua zah dah bagi kat anak susuan, yang ada sekarang ni susu perah hari-hari je..alhamdulillah, kalau ada rezeki nanti ebm yang ada pun zah akan bagi pada muhayra sayang tu.
 
seronok tengok gambar susu yang lelama...bila browse balik, banyaknya usaha zah untuk susukan anak-anak...subhanallah...so, alasan, susu takde, susu tak cukup, semua boleh handle kalau kita ada passion.
 
jatuh cinta dengan susu ibu,
jatuh cinta dengan cara nak kendalikan susu ibu
jatuh cinta dengan apa yang kita pilih untuk memenuhi fasa 2 tahun anak itu menyusu.
 

 

 
 
 
 
 
oh nak bgtau juga, susu perahanhari ni subhanallah, banyak dari biasa.
maybe zah semalam MC, dok umah lepas tu rehat
lepas tu minum meal shake + collagen + sunquick jus
malam tu dah rasa berdenyut dah.
pepagi susu banjir...hahaha kalah ibu dalam pantang.
seronok sangat!
 
 
ok nak cerita itu je!
selamat menyusukan anak-anak kita ya
jangan lupa
fall in love tau!
 
 
izzah - 019-4142469
 

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics