Monday, August 18, 2014

Entry 46 : 90 -----> 1 Tahun 9 Bulan : Penyusuan Susu Ibu : Gagal Atau Berjaya

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama tak menulis tentang penyusuan susu ibu.
Subhanallah, bulan ini dengan izin Yang Maha Kuasa,
genaplah 1 tahun 9 bulan anak ketiga zah menyusu dengan susu bonda.
Amani menyusu sepenuhnya dengan susu ibu selama 6-8 bulan kemudian diteruskan dengan susu bonda dan juga mula diperkenalkan makan makanan pejal sehingga sekarang.
 
 
 
Alhamdulillah,
Amani juga sudah mula berhenti menyusu menggunakan botol sejak dia berumur setahun 7 bulan. Ini bermakna Amani hanya menyusu secara terus dengan bonda bila bonda ada. Waktu siang di rumah pengasuh, amani tak perlukan langsung botol susu untuk tidur, hebatkan?
bonda tak payah pening kepala nak wean off amani dah..hihihi
 
Walaupun EBM sudah tidak diperlukan tika ini.
Zah masih lagi menjalankan rutin memerah susu di pejabat.
dari 3-4 kali sehari,
zah dah kurangkan ke 1-2 kali sahaja
cukuplah sekdar mengurangkan beban di dada dan create demand untuk maintain susu.
tapi amani, rutin menyusu non stop tu masih sama macam dia baby dulu.
kadang dari jam 6 petang sampai ke 7.30 malam
kemudian sambung jam 10 malam ke pagi.
 
 
 
Alhamdulillah,
Walaupun Zah gunakan breastpump medela freestyle yang dah berusia hampir 5 tahun
tetapi hasilnya masih memuaskan.
masih elok pump tu.
berbaloi sangat pembelian yang nampak MAHAL dimata orang :)
 
satu ke dua kali sesi memerah dipejabat menghasilkan 8-10oz sekali perah.
alhamdulillah...allhuakbar.
rezeki amani dan muhayra memang tak putus.
 

 
 
 
 
 
Tapi ada juga waktunya tak dapat banyakpun..
perlu risau tak?
tak risau...
sebab...badan kitapun ada turun naiknya.
masa surut susu adalah masa zah nak period.
so kalau drop tetiba jadi ammout macam kat bawah ni
zah tau sangatlah puncanya.

 
 
 
 
 
cuma amalan yang zah tak tinggal semenjak November 2013 adalah
Set Kesihatan Optimum dan juga Alfalfa dan Ostematrix.
 
kalau tanya zah,
adakah susu akan bertambah dengan set kesihatan tersebut?
sudah tentu zah jawap tidak.
tapi yang zah boleh katakan
 
dengan pengambila set tersebut,
zah jadi ibu yang lebih sihat, dan tenang.
tiada lagi istilah lesu dan lemau ke pejabat.
 
tiada lagi istilah jam 8.00 malam nak masuk tidur awal dah
zah boleh bangun seawal jam 5 pagi dan tidur jam 12 malam setiap hari.
corak penyusuan amani yang menyusu lama
posisi mengereng yang zah terpaksa lalui saban malam
sudah menghampir 21 bulan.
alhamdulillah.
zah ibu yang gembira dan bahagia.
 
 
amani,
pantang bonda ada
kemahuannya adalah susu bonda
kenyanglah macamana pun
even dah sendawa
dia masih mahu susu bondanya.
 
alhamdulillah,
bukan kejayaan atau kegagalan dalam perjalanan penyusuan ini
yang inahnya bila anak-anak kita
membesar dengan bijak, sihat dan kuat
berkat susu bonda yang tidak pernah jemu
menyusukan mereka.
 
kalian,
kalau jatuh.
bangun kembali
jangan gusar
kerana Allah ada sentiasa bersama kita.
" Selamat Hari Penyusuan Susu Ibu Sedunia "
 
with love,
Noorharizah Azfar
Kaunselor Laktasi - Malaysian Breastfeeding Peer Councelor
019-4142469

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics