Sunday, July 06, 2014

Entry 27|90 > Tips Memasak Mudah

Zah sejak masuk rumah baru.
Memang berniat nak masak sendiri je. Lama sangat bercuti dari memasak sejak kami sibuk pindah randah.

Minggu ketiga yang sukses dan masa hari-hari berjaya.
Untuk ibu bekerja macam zah, adalah disarankan ke pasar setiap hujung minggu. Penuhkan stok makanan laut, daging dan ayam. Tak perlu cuci untuk pastikan segar. Cuma ikan zah akan akan bersihkan, buang isi perut dan sisik. Asing siap-siap dalam bekas. Ayam dan daging zah asing dalam bekas ikut berapa nak guna. Begitu juga dengan udang dan sotong. 

Alhamdulillah. Walau zah mula masak jam 6 petang. Sempatla siapkan makanan berbuka dan bersahur untuk anak-anak dan suami.

Oh ye. Zah juga siap-siap blend lada dengan belacan. Letak tempat beku. Ada santan beku. So, nak masak memang just keluarkan, dan masak.

Berikut zah sharekan makanan yang zah dah masak sepanjang berpuasa. Baru 2 kali beli kat luar. Tu pun sebab zah sakit dan ada kelas kat alor setar. Mahal sangat makanan kat luar berbanding masak sendiri.

Kesimpulannya. Buat to do list. Rancang menu. Dan masak dengan kasih sayang.

With love.
Izzah
0194142469

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics