Monday, June 02, 2014

Entry 4/90 : 18 Bulan yang Sukses menyusukan Nurul Qaireen Amani

Oh gambar lama yg comel gebu! masa ni amani 5 bulan..gemuknya ai...hihihi

Bismillahirrohmanirrohim,

alhamdulillah...Allah bg kesempatan untuk Zah menulis lagi hari ni...
seronok rupanya menulis bila kita letak misi dan target!

ok,
hari ni nak kongsi pengalaman menyusukan amani masa bulan ke 17 nak masuk ke 18 bulan.

elok je lepas zah buat entry misi ke 18 bulan, amani tetiba refuse nak bf...ya Allah memang agak mencabar untuk pastikan amani menyusu balik...dah macam-macam terbayang..

3 hari amani tak menyusu zah memang buat 8 kali memerah 24 jam tu...tp manakan sama susu yang diminum terus oleh amani...zah siap kena bengkak susu yang susu terus tak nak keluar tau...perah banyak kali, still bengkak dan susu yang kuar pun sendu je..

nak tak nak...zah terpaksa tambahkan intake lecithin, kalau tak lagi teruk bengkaknya..disamping usaha2 lain seperti memerah dengan kerap, guna cold n hot presure...

untuk amani menyusu balik zah memang langsung tak offer dia dengan botol, so nak tak nak dia lapar dia mesti nyusu balik ngan zah...zah solat, doa dn minta Allah jangan tarik nikmat menyusu...memang sadis juga...

syukur,
lepas pujuk amani, ulcer dalam mulut diapun dah baik.
amani menyusu macam biasa balik..lega..

masa kena tarik nikmat menyusu
memang zah menyesal sangat..
kadang ada juga mengeluh letihkan..
tp lepas kejadian tu, memang pejam mata je...
nyusukan je amani tak kira masa.

pernah one time dia menyusu 2 jam tanpa henti..
penat?
ku letak tepi...janji misi 24 bulan boleh success!

alhamdulillah
Allah kurniakan nikmat menyusu anak secara terus sudah 18 bulan lamanya.



Saya dan Amani - 1 tahun 5 bulan

Percaya Sebelum Berjaya,
Noorharizah Azfar
019-4142469

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics