Monday, June 02, 2014

Entry 3/90 : Mengurus Persepsi dalam FB


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Tak mudah sebenarnya membina nama, tambah bila ada nama..kita perlu jaga nama tu..kena bertanggungjawap...hihihi...betul tak?

Semalam, masa melayari FB..terjumpa tips dari Puan Ainon, simple dan mudah sangat tips yang diberikan...

Nak berjaya, guna nama sendiri...sebabnya..orangpun lebih mudah berjaya bila kita berniaga guna nama sendiri....
Malah beliau SANGAT menyarankan untuk jangan tulis sesuatu yang boleh merosakkan kredibiliti kita sebagai peniaga yang dipercayai di laman sosial.

Zah sangat bersetuju.

Alhamdulillah, sejak dari dulu..zah menulis di FB menggunakan nama sebenar malah di FB juga menggunakan nama sebenar.

Nama sebenar tu kekuatan zah.

Ada juga tips dari mentor zah bahawa...jangan kerap sangat tukar gambar profil di FB, nanti kawan-kawan baru susah nak kenal kita yang mana satu..

So macamana nak mula berkawan?

jom berkawan dengan mereka yang guna nama sebenar dan menggunakan gambar sendiri...hihihi

**********************************************************
Dari ABS: Mengurus Persepsi dalam FB
Dunia bisnes adalah dunia persepsi. Apa yang kita tulis berkenaan diri kita menjadi asas persepsi orang-orang lain terhadap siapa diri kita.
Faktor utama yang mencipta persepsi positif dalam bisnes adalah kredibiliti.
+ Jangan tulis apa-apa dalam FB melainkan hal itu menaikkan kredibiliti kita sebagai orang bisnes yang profesional.
+ Jangan post apa-apa foto melainkan foto itu menaikkan kredibiliti kita.
Banyak perkara, meskipun nampaknya macam perkara mudah, namun ia perlu diurus dengan betul. Ini supaya orang mendapat persepsi yang positif tentang diri dan personaliti kita sebagai orang bisnes.
Bermula dengan foto profail FB kita. Muka siapakah yang kita jadikan topeng kita? Gunakan foto wajah kita sendiri.
Gunakan nama kita sendiri. Bukan nama-nama samaran seperti di bawah:
"Kuli Batak"
"Katak Puru"
"Penyamun Tarbus"
"Tukang Sapu Sampah"
"Cikgu Cabuk" dan lain-lain yang sewaktu dengannya.


***********************************************************

Percaya Sebelum Berjaya,
Noorharizah Azfar
019-4142469

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics