Saturday, June 28, 2014

Entry 18/90 : Nurul Qaireen Amani menyusu 19 bulan.

Alhamdulillah. Semalam genap 1 tahun 7 bulan menyusukan anakanda ketiga zah dan suami. Banyak liku dan catetera sepanjang bulan ke 19 ni...hihi tp zah hanya let it go. Buang alasan. Teruskan je journey tanpa banyak soal.

Yup nak sukses jawapan dia adalah teruskan tanpa banyak soal...kalau banyak sangat soalan..contoh kenapa susu aku sikit. Tak sama macam masa anak 1st dulu...kenapa susu aku sikit tak sama mcm akak A tu...kenapa susu aku cair...baby kenyng ke?....

Pada zah, tu semua adalah benda-benda yang JANGAN sesekali kita fikir..sebab tu semua adalah benda yang buat susu semakin sikit. Menjatuhkan keyakinan diri kita kepada rasa nak menyusu anak itu. Bila anak nangis mulala buat andaian..ni sebab susu aku sikitlah ni. Susu ni tak pekatla ni. Tu anak aku ni asyik nangis sokmo.
Awak...

Jom kita bersangka baik pada Allah. Bersangka baik pada bayi/anak kita...insyaAllah susu yang ada. Susu yang kita dapat memang SANGAT cukup untuk anak kita. Tak perlu nak susu berkoyan sebab penyusuan susu ibu sepatutnya lebih kepada bonding penyusuan antara ibu dan anak bukan antara ibu dan pam.

Susu Meriah tanpa Suplement.

Yup, setuju dengan statement. Kalau korang ambil suplement untuk bagi susu banyak. Mohon jauh-jauh fikir pasal benda alah ni. Kata orang dan malah kata-kata yang zah akui....amiklah suplement aka makanan tambahan untuk bagi kita kuat. Bagi kita tenaga. Bagi kita cergas. Bagi suami seronok sebab wife dan ibu anak depa ni takdela melepek tak cergas. Tak mengadu penat. Tak mengadu sakit badan sana sini sebab tido mengereng....Kena faham kenapa perlu suplement ya...bukan sebab susu semata2.....

Susu Perlu Pekat Supaya Baby Kenyang...

Allahuakbar. Ni lagi satu...tak perlupun susu kita kena setiasa pekat...masa musim panas,susu kita memang cair...tp macamana nak bg baby minum susu yang pekat? Bagi baby menyusu betul-betul disetiap side ye...jangan sat2 sebelah kiri...tak habis tukar lagi...

Konsep yang zah amal sepanjang 19 bulan ni adalah. Menyusukan tanpa syarat. Still teruskan memerah 1-2 kali dipejabat..yup zah dah kurangkan masa memerah. Sebab amani dah tak menyusu ebm dah kat rumah pengasuh. Weaning botol dah budak comel ni..dia banak direct je...
Susu perahan zah insyaAllah untuk anakanda susuan kami Muhayra...insyaAllah...

Oh ye, esok dah mula puasa. Untuk ibu hamil dan menyusu anak. Usah risau. Ambil sahur yang berkhasiat. Ambil air yang mencukupi dan cuba untuk berpuasa. Tp kalau tak larat. Jangan paksa diri sampai memudaratkan ye. Allah ada bagi kelonggaran pada kita yang istimewa ni.
Misi zah masuk angka 20 pula. InsyaAllah..tak lama dah nak cukup 2 tahun...teruskan penyusuan. Jangan risau-risau. InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja.

Love.
Ibu anak 3.
Punya sesi penyusuan yang hebat!
Izzah
0194142469

♡ gambar-gambar yang diabadikan adalah milik penulis sepenuhnya. ♡

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics