Friday, June 27, 2014

Entry 17/90 : Buat Shaklee sebab anak-anak


Ingat lagi masa event ICU kat Sungai Petani. Master Azlin kata, kalau kita punya push factor adalah anak-anak..kotakan janji tu..pejam mata ingat balik kenapa kita buat shaklee.

Zah memang buat shaklee sebab depa. Zah nak ada sentiasa duit cash in hand bila anak nak dan bila diperlukan...tak mau bila anak sakit, terpaksa pinjam duit kat orang...sampai bila nak meminjamkan? Yup kami laki bini belumla lagi tahap pinjam duit orang bila anak sakit..tu perumpamaan je..tp zah nak bila anak-anak nak baju baru, nak buku, nak mainan ke..nak makan sedap ke...mak dan ayah dia ada duit yang cukup untuk penuhi kehendak depa.

Ada orang perlekehkan kami yang buat MLM ni. Buta dengan duit katanya...huhu zah tak nak balas apa yang mereka kata...cukuplah zah dan suami tahu apa yang kami buat dan apa yang kami usahakan....sebenarnya Zah ada impian nak duduk rumah..pastu nak jaga anak sendiri...hahaha yelah susah jugakan nak harap orang je jaga anak kita...tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, duit adalah salah satu benda penting untuk membesarkan anak-anak. mahu tak mahu, kerja dan bisnes kena buat seiring. Tapi tak mustahilpun satu hari nanti zah boleh jadi work at home mom yang hebat!

Alhamdulillah, zah pun dah 6 bulan dengan shaklee. bulan ni bulan ke 7. Cepat giler masa berlalu...memang tiap bulan ada je extra duit yang kami suami isteri dapat...dan duit tu yang kami gunakan penuhi kehendak anak-anak dan kehendak suami isteri..hahahah..alhamdulillah.

InsyaAllah nak saving lagi banyak lepas ni...duit hasil shaklee guna buat setel belanja, duit gaji saving...impian saya tu...insyaAllah..btw, nak tahu antara saving untuk anak-anak zah yang zah buat adalah dengan pembelian set grolier....

nanti zah share entry penuh pasal set ni ye.

Salam ramadhan 1435H.

Izzah
ibu anak 3 yang manis selalu.
019-4142469


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics