Thursday, April 24, 2014

Penyusuan Susu Ibu : 17 Bulan yang hebat!

Alhamdulillah,

bulan ni genap 1 tahun 5 bulan menyusukan Qaireen Amani.

Nampak mudah tp takdelah mudah sangat.

maybe zah jenis redah je...

susah ke senang ke

takde alasan.

even dah nak masuk setahun setengah menyusukan amani, zah still selamba badak beli pump manual baru...hahha pakai duit bonus shklee la ni, belipun sebab ritu ada course kat USM, then pump FS tinggal kat office, nak patah balik amik memang taklah, so terus singgah dan beli baru....rugi? takdelah dapat adik amani yang baru nanti lehla pakai lagi..betul tak?

Sepanjang di office baru, memang sangat sibuk..sebab tu blog lama sangat tak berupdate, tp dalam kesibukan zah still curi masa untuk perah susu...alhamdulillah....3 kali perah still sama lagi kuantiti yang diperolehi...alhamdulillah cukuplah susu untuk amani dan muhayra.



Ramai yang tanya macamana zah boleh perah susu sambil kerja. Maybe semua ni kena praktis kot..elak dari botol jatuh, guna peralatan menyusu yang betul..insyaAllah everything will be find gitu...hihihi

Kalau bab makan - kat office baru memang jarang sangat sarapan pagi. So dengan ESP dan Cinch Shake sahaja susu Zah still tak kacau, alhamdulillah..memang rezeki anak-anak semua ni...


yang pastinya, zah akan pastikan memerah tu keutamaan, sambil meeting ke, sambil bincang dengan staff ke...tutup pakai shawl, letak fs kat tepi...keje jalan...

Alhamdulillah -  dalam 1 tahun 5 bulan ni...susu untuk back up if jadi apa-apa pada Zah still cukup..insyaAllah....seronok tengok apa yang zah buat, dalam sibuk, dalam keadaan zah anak tiga...dalam keadaan yang tak perlu zah share....hihi zah masih mampu menyusukan anak..konsep asas tu paling penting..banyak demand insyaAllah banyaklah supply, jangan berkira-kira untuk spend masa memerah..sikit ke banyak ke rezeki anak tu cukup...

gaya menyusu amani? macam baby jugak...tak berubah..mengempeng sampai pagi...alhamdulillah, bonda pun takdelah rasa sakit pinggang ke sakit badan ke...still laju lagi...hiihhihi....amani, menyusu once bonda balik...pastu dia suka bonda baring je...agak dia nak susu dia datang....so memang cabaran bila bonda bz siapkan kerja rumah....bila tengok dia menyusu kuat ni,risau jugak..agak2 kalau ada adik boleh ke dia kongsi...tp bak kata ayah...susukan je...dia tak nak nanti stopla sendiri...                      



Love,

Izzah

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics