Monday, March 03, 2014

Tips Menyusukan Anak semasa Mengandung

-Sumber-


Minggu ni asyik menerima sms/waasap/pm malahan call bertanya tips menyusukan anak semasa hamil, boleh ke selamat ke....pada Zah ibu sendiri kena tahu kekuatan mereka, insyaAllah menyusukan semasa hamil bukanlah sesuatu yang memudaratkan tapi kena lihat juga usia bayi kita. Macam Zah, anak kedua dah usia 1 tahun lebih masa tu, Zah pula memang dah ajar anak makan...anak kedua Zah selepas setahun pun menyusu botol dengan susu perahan setakat 10-12 oz je sehari....tapi bab menyusu direct masa bonda dia ada tu memang tak tinggalla.

Dulu Aqilah, memang tak menyusu botol langsung bila kat rumah...jadi bila Zah preggy apa yang Zah buat, Zah tak offer dia susu..tapi bila dia nak nyusu zah bagi....kadang bila dia tak puas, zah siap2 panaskan ebm dalam botol, mula-mula dia tak nak juga, tapi lelama tu dia ok...memang amik masa. Zah juga pastikan anak kenyang, anak makan sepuasnya...jadi menyusupun sekadar hilang dahaga, hilang rindu dan semestinya bukan untuk asingkan dia dari bonda even bonda dapat adik baru.

Faedah Penyusuan Semasa Mengandung?Keletihan merupakan gejala yang biasa kehamilan, tambahan pula bila kita mempunyai anak kecil yang mula nak besar akan membuat kita sedikit keletihan. Selalunya Zah akan bercakap dengan Aqilah bahawa, bila adik lahir nanti...Aqilah kena kongsi susu dengan adik dia...anak-anak ni bila kita kata hari-hari..dia jadi macam doa...Alhamdulillah, memang perjalanan sepanjang menyusukan Aqilah semasa hamil tu sangat mudah.

Banyak kajian juga mengatakan bahawa bercakap dengan anak dalam kandungan  adalah cara yang baik untuk ibubapa bersama-sama membentuk ikatan dengan bayi dalam perut. Bayi yang baru lahir mengenali suara-suara mereka yang bercakap kepada mereka dalam utero . Saya dapati ini benar kerana Aqilah boleh menerima Amani semasa dia lahir dengan mudah..takde pula rasa cemburu ke bila bonda belek adik baru :)
 
Selamatkah Menyusukan Anak Semasa Hamil?


Sesetengah orang bimbang bahawa penyusuan susu ibu semasa mengandung akan menyebabkan  keguguran atau kelahiran pramatang. Ini adalah satu kebimbangan yang tidak berasas dalam kebanyakan kes. Penyusuan tidak menyebabkan kontraksi rahim, bagaimanapun pengecutan ini adalah setanding dengan pengecutan disebabkan oleh rangsangan seksual, orgasme, atau apa-apa rangsangan puting. Ibu-ibu yang telah diletakkan pada kelahiran berisiko biasanya dinasihatkan supaya berhenti menyusu kerana ia boleh menjadi sebab untuk dibimbangkan dalam kes-kes tertentu. Perkara yang sama berlaku untuk ibu-ibu yang mengalami kelahiran pramatang.


Perubahan fizikal


Kehamilan membawa kepada banyak perubahan fizikal dengan sendirinya. Perubahan hormon yang disebabkan oleh kehamilan juga akan memberi kesan semasa menyusukan anak nanti. Ada ibu yang tanya kalau nak buat power pumping semasa preggy untuk hasilkan susu banyak boleh ke? Zah cadang elakkan la...sebab susu kita kurang masa preggy adalah kerana hormon...so menyusukanlah sekadar melepaskan rindu anak pada mak...


Selain itu, salah satu isu pertama yang banyak ibu-ibu hadapi ialah kesakitan puting , yang sangat biasa gejala awal kehamilan yang membuat semua lebih buruk bagi sesetengah ibu dengan susu ibu. Sesetengah ibu akan sedikit lega selepas beberapa minggu. Kalau tanya Zah, memang sakit, tp Zah tak fokus sangat pada kesakitan, Zah rehat je masa anak nyusu...tido :)Apa nak buat jika terus mahu menyusukan anak kita?

Minum air yang mencukupi, jaga pola pemakanan dengan baik, rehat yang tetap dan penyusuan akan lebih indah apabila ibu dapat menjaga kesihatan mereka sebaik mungkin. Tiada apa-apa benar-benar boleh menghalang hormon kehamilan dari mengatasi hormon susu menghasilkan , prolaktin , dan menukar susu anda jika ia akan berubah. Macam Zah, Zah memang jaga pemakanan sepanjang kehamilan, Zah nak buktikan bahawa baby yang lahir nanti juga cukup Zat bila ada suara-suara yang kata bayi yang Zah kandung tu tak akan dapat susu.

Alhamdulillah, hari ni. Anak ketiga sudah 15 bulan usianya. Yang kakak baru sahaj 2 bulan berhenti menyusu. Walaupun adakalanya dia minta juga sebab rindu.

 
Love,
Izzah
019-4142469

Dapatkan Suplement Yang Selamat Sepanjang Kehamilan anda dari saya. Shaklee menawarkan Set Kehamilan yang selamat dan boleh digunakan dari sebelum mengandung sehinggalah dalam tempoh menyusukan anak juga.




1 comment:

ibu iyyad said...

Alhamdulillah...berkat dari bacaan dari blog zah dan lain-lain sumber..saya berjaya menyusukan iyyad walaupun sekarang saya preggy 6 bulan.
walaupun ada yang mempertikaikan kenapa saya masih menyusukan iyyad( iyyad dah umur 2.5 tahun skrg) dan risau bayi dalam kandungan kekurangan zat..Alhamdulillah..kuasa Allah..bayi dalam kandungan sihat..dan ikatan dengan iyyad terutama semasa menyusukan dia..tak de sapa boleh halang..
Moment paling best..masa iyyad menyusu..dia rab2 perut dan adik baby bagi respon..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics