Sunday, March 09, 2014

Pentingkah Milk Booster dalam Penyusuan Susu Ibu?

Bila sebut pasal milk booster sudah pasti ianya popular di kalangan ibu menyusu. Ramai yang tahu apa itu milk booster iaitu "penggalak susu". Ramai ibu yang mengimpikan susu badan yang banyak dan dengan sebab itu ada yang menjadikan milk booster sebagai alternatif untuk mencapai hasrat yang diingini.

Tapi betul ke milk booster boleh tambah susu? Penting ke milk booster ni? Tidak salah mengambil milk booster jika anda sudah faham tentang konsep sebenar dalam penyusuan. Konsepnya mudah sahaja, ada permintaan, ada bekalan. Demand & supply. Kena rangsang payudara dengan galakkan bayi menghisap sekurangnya 2 atau 3 jam sekali. Jika semua amalan-amalan itu dah dibuat maka pengambilan milk booster bukan lagi satu kesalahan.Yang salahnya adalah mentaliti kita. Ambil milk booster maka susu akan melimpah ruah secara automatik, macam magic pula. Tidak perlu pam atau susukan bayi, duduk sambil-sambil berehat boleh kumpul susu banyak. Kalau macam tu, semua orang berebut mahu membeli milk booster yang semacam itu. Kuasa super power!

Menyusukan bayi perlu belajar jika tidak tahu, perlu berlatih jika tidak biasa. Sebab ianya bukan ilmu semulajadi yang kita dapat, tahu-tahu jika sudah bergelar ibu sudah faham konsep demand & supply. Dengan itu perlu mencari ilmu penyusuan jika tidak kita akan tertipu dengan milk booster yang ada kuasa MAGIC! Kesimpulannya amalkan apa sahaja milk booster yang serasi dengan anda dan tidak membahayakan kesihatan anda. Keserasian setiap orang tidak sama dan bukan juga salah jika kita mencuba milk booster dengan niat untuk membantu merangsang susu dengan lebih lagi setelah kita apply konsep yang dibincangkan tadi. 

sumber : http://permatacintaku.blogspot.com/2012/11/milk-booster-mana-paling-berkesan.html?m=1 

*****************************************************************

komen saya ----> milk booster jatuh tempat kelima ke enam dalam konsep menyusukan anak. bila kita enjoy every moment..insyaAllah susu akan cukup..how to enjoy? kena jatuh cinta dari awal...kena tahu apa itu susu ibu. kena tahu rahsia menyusukan anak yang sebenar. kena tahu bagaimana nak susukan bayi dengan betul.. sering salahkan suplement tp sebenarnya diri sendiri tak tahu apa maksud menyusuan anak itu yg sebenar. berlumba2 nak susu banyak dan melimpah ruah bukanlah yg sepatutnya. tp bagaimana nak pastikan susu cukup untuk bayi kita. ilmu dari hati. akan share lagi nanti. 

izzah - 0194142469
kaunselor laktasi
ibu anak 3 yang berjaya menyusu susu ibu

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics