Friday, March 28, 2014

Beralih angin - babai KOMTAR.

Alhamdulillah, sebenarnya isnin yang lalu zah dapat berita gembira + sedih, Zah dah dapat tukar lepas memohon hampir 3 minggu...hihihi alhamdulillah rezekilah kan..orang lain amik masa setahun untuk tukar tempat kerja...tapi Zah dapat lebih awal..masa mula-mula nak minta tukar tu...memang amik masa berbulan juga kat bos besaq...dia suruh fikir banyak kali...macam-macam ayat saiko..hihi tp lama-lama lepas zah pujuk-pujuk akhirnya dia sign juga surat tukar zah ni...

Alhamdulillah juga...Rezeki zah office baru hanya amik masa paling lamapun 30 minit dari rumah..cuma yang sedihnya lepas ni tak lagi g kerja dengan kekasih hati Zah tu...takpelah lagi jauh lagi romantiklah nanti...hahaha boleh?Yang bestnya pejabat baru amik masa 10 minit je ke branch shaklee, dekat dengan pejabat pos dan kemudahan lain...



Sebenarnya Zah memang berhajat sangat nak dapat pindah sebelum puasa, maklumlah dah nak 8 tahun kahwin...rasanya bulan puasa kami agak kelangkabut bila zah kerja jauh dari rumah, ada waktu sampai ngam-ngam dengan waktu berbuka...alhamdulillah, Allah mudahkan Zah...seronok + sedih juga..

Jika di office sekarang tanggungjawap zah kecil. Tak besar sangat ada 4 org staff dan seorang Pembantu Am je...lepas ni Zah kena handle 3 unit sekali yang hampir 30 orang staff bawahan...dan semestinya Zah akan belajar benda baru, kena belajar jadi ketua yang lebih baik...kena belajar interpersonal skill gitu....tp Zah anggap ni semua cabaran dan tanggungjawap yang besar perlu zah tanggung...insyaAllah perkara kecik je...kita belajar dari bawahla.

semalam Zah angkat 80% barang2 dari office, actualy satu kotak buku2 rujukan, 1 kotak peralatan pejabat, slat tulis semua..2 kotak shaklee tu barang shaklee...hahahha..satu kotak je yang ada 4 balang ESP, yang 1 kotak lagi segala mak nenek berkaitan shaklee la bukan stok pun...tu semua flayers, dan lain2...hari ni just nak angkat peti ais dan 1 kotak lain-lain....wah sedih pulak...

office lama ni best, banyak zah belajar...bos pun ok..staff ok, kawan-kawanpun ok....tapi untuk menambah skill diri, zah kenalah tukarkan...memangla office lama ni selesa, bilik besar, perabot baru..tp sampai bila nak duduk kat comfort zone?

insyaAllah, new chapter akan bermula, akan belajar drive balik...hihihi...dan yang penting dah boleh balik umah awal, dapat masak, kemas umah, prepare diri dan tunggu kekasih balik...wah bestnya...


Btw, esok Zah ada anjurkan program 3B - program ni berkaitan kelahiran yang tenang, penyusuan susu ibu dan juga babywearing...jemput hadir ya...boleh waasap Zah untuk maklumat lanjut.

Doakan Zah kat tempat baru ni ya..

Love,
Izzah
019-4142469

1 comment:

Maria Rajab said...

bestnya..xlarat dah maria pn ulang alik naik jambatan tu..jem..buang masa je,,

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics