Thursday, February 27, 2014

Susu Cukup Dan Susu Banyak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Acapkali Zah menerima email, mengenai susu yang diperah semakin sedikit atau hanya sikit atau hanya cukup-cukup sahaja.

Apa penyelesaiannya?

  • Pertama sekali, benarkah susu kita semakin berkurang? Jika bayi menyusu susu ibu sepenuhnya dan berat badan naik seperti biasa atau dalam keadaan baik, tiada apa yang perlu dirisaukan.
  • Kerapkan penyusuan. Jadikan penyusuan antara ibu dan bayi semaksima mungkin. Bayi menyusu tiada jadual, tiada tempoh masa tertentu, sebab setiap bayi itu istimewa dan berbeza. Kenali bayi anda sebaik mungkin.

  • Adalah digalakkan untuk menambah permintaan kepada susu dengan memerah susu selepas menyusukan atau semasa menyusu (Tandem pumping).
  • Minum air yang secukupnya, makan makanan yang sihat dan jaga pemakanan yang mungkin sedikit sebanyak akan mengganggu penyusuan.

  • Rehatlah ketika bayi tidur. Rehat 10 minit bersama bayi yang menyusu akan buat badan ibu lebih segar bila perlu berjaga bersama ketika bayi memerlukan kita.

  • Berapa usia bayi anda? Susu yang terhasil adalah bersesuaian dengan keperluan perut bayi itu sendiri.
  • Jauhi stress, jangan fikir susu sikit tapi teruskan penyusuan seperti biasa, teruskan memerah semasa bayi tidak bersama.
  • Tidak dinafikan ada beberapa makanan penggalak susu tapi ketahuilah, dengan hanya makan sahaja tapi konsep sebenar supply dan demand tidak diamalkan, susu kita tak akan keluar macam air paip. Makanan ini hanya akan membantu sekiranya kita tetap menyusukan bayi dengan kerap dan memerah semasa bayi tiada.
  • Ketahuilah, bayi menangis bukan kerana susu tidak cukup semata-mata tetapi mungkin ada sebab lain. Sebagai contoh, bayi baru lahir mereka tidak mampu nak beritahu bahawa mereka sejuk, jadi dengan menangis adalah caranya. Peluklah bayi anda sentiasa, tenangkan terlebih dahulu jika bayi menangis dan tawarkan susu setelah bayi lebih tenang.

  • Elakkan puting tiruan atau botol susu sekurang-kurangnya 50 hari selepas bayi lahir. Bayi yang keliru puting akan buat baby bertambah susah nak menyusu dan bila ada halangan, susu juga akan berkurang jika pengosongan efektif tidak dibuat semaksima mungkin.
  • Percaya pada diri, berusaha dan berdoa pada Allah. Usaha yang berterusan akan buat kita lebih tabah dan insyaAllah akan ada hasilnya. Tidak dinafikan tugas sebagai ibu, isteri, bekerja juga akan buat badan kita menjadi sedikit letih. Rehatlah semasa bayi menyusu, posisi yang selesa juga sangat membantu.
Hari ni dah 15 bulan menyusukan anak ketiga - alhamdulillah, memang berjaya menyusukan amani sepenuhnya...dan sebenarnya amani paling lama bonda menyusu dan memerah...sebab masa kakak dan abang dia waktu ni dah berisi lagi...hihihi.
Cuma bezanya, kali ni bonda add on suplement pula....amani dah menyusu malam tu kerap sangat, kadang shift malam jam 2-5 pagi tu tak henti...sakit pinggang sakit badan jugalah selalu...tp ni dah 3 bulan...alhamdulillah bonda dah kuat, tak lemau macam biskut dah...







Kalau tanya apa yang Zah makan dengan konsisten sekarang ni adalah ESP dan Collagen Powder, alhamdulillah memang nampak kesanlahkan...paling ketara Zah dah tak bangun tengah malam bancuh milo sebab lapar ketaq....
Coolagen kotak kedua, ESP pun dah botol kedua...alhamdulillah....selain tujuan untuk muka dan kulit...rupanya dua benda ni juga membantu/menyokong penyusuan susu ibu...patutla femes bona ESP ni...

Tapi korang jangan salah anggap pula, menyusu tak makan suplement pun bukan satu masalah...korang masih susu banyak/cukup. Tapi zah amik semua ni untuk kesihatan Zah untuk muka Zah....maklumlah usia dah 30-an kan..kalau tak jaga badan, tak jaga muka...sian suami ai...hihihi

Kesimpulannya, tips-tips kat atas sangat berguna untuk kita yang rasa susu tak cukup. Add on suplement tu adalah untuk menambah tenaga ibu, mencukupkan keperluan ibu...jangan ingat lepas makan susu melimpah. Susu tak akan melimpah if tak diransang secukupnya ya.

Love,
Izzah
019-4142469

- Setiap pembelian suplement untuk nutrisi ibu menyusu saya akan 
guide anda untuk cukupkan keperluan anak tersebut. -

1 comment:

Petak Bunga said...

anak nak berkepit je.. kadang bukan nak menyusu sgt.. berkepit nga mak nya dah rasa heven

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics