Friday, February 21, 2014

Nurul Qaireen Amani : update 15 bulan


Ini Nurul Qaireen Amani,
lama bonda tak sembang tentang dia.
Alhamdulillah
minggu depan dia akan masuk 15 bulan.
cepat betul masa berlalu.


minggu lepas bonda cuti,
bawa amani ke Hospital Bukit Mertajam,
bila bawa orang sihat ke hospital
bonda jadi insaf
bonda terus rasa tak nak marah anak-anak
bila tengok anak orang diduga dengan macam-macam penyakit.
semoga anak-anak kita dilindungi Allah hendakNya.
 

Jujur,
Amani memang sangat mudah dari saat bonda hamil
sampailah bonda lahirkan.
cuma yang bonda perasan
amani ni budak manja.
sangat manja
jadi dia dah pandai guna emosi
bila tak nampak bonda nangis
nak sesuatu nangis
suka sangat main air :(
bonda kena pantau dia 
kalau tak dah dalam bilik air dah budak bijak ni.

sekarang amani dah mula bercakap
bonda hilang penat bila balik dari pejabat
amani panggil bonda "mama"
jelas dan terang.
dah pandai panggil
"ayah"
"abang"
"kakak"

kalau nak makan ke 
nak susu ke
nak air ke
dia dah pandai kata
"nak"
dengan intonasi yang lembut.


Amani nampak besar sekarang
bonda rasa macam baru lagi
rasa macam nak stop masa
jangan bagi amani besar cepat.
amani sekarang memang makan sendiri je
dia dah pandai guna tangan sendiri
memang kalau time makan
dia dah tau nak doa.
pandai amin
makan...cuma penggunaan tangan kanan dan kiri je
masih kena ajar...
kaedah BLW memang berjaya zah buat dengan anak-anak
syukur sangat :)


Kak ngah Irdina selalu kata
bila dia tengok adik manja sangat
dia suruh bonda bagi adik lagi seorang pada amani
kata kakak
bila amani ada adik
amani dah tak manja sangat dah macam sekarang
ayah memang sukala
ialah waktu ni masa zaman aqilah dan akmal
bonda dah berisikan
kali ni je bonda kata tunggu jun 2014
eceh...hihihih
sempat ntah jun 2014.

bab susu bonda
amani memang no 1
masih susu fresh
ebm memang takla
alhamdulillah
bonda usaha nak bg antibody amani kuat balik lepas dia warded ritu
adalah demam sekali rabu lepas,
tapi bila bonda mandikan dia
demam amani dah kebah.. lega

Muka nakal.
sayang amani tau!

-bonda still fight untuk bf amani dengan fresh susu perahan hari-hari.-
amani pun total use cloth diaper
dah ada gaya nak potty train juga
amani je rambut dia lain dengan kakak dan abang
berat dah 10.2 kg
jenuh bonda nak dukung
selalu pass kat ayah je..
ok.
anak dara kesayangan ayah juga ni.

Love,
Bonda Izzah
 

1 comment:

Petak Bunga said...

cepat anak2 besar.
selalu teringat2 saat pertama melahat dia. masa tu..ya alllah jer tahu

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics