Thursday, February 13, 2014

Jaundice : Hanya Susu Ibu

Lately, ada pulak yang gagah menjual suplement untuk mengurangkan jaundice bayi. Rasa macam tak adil, bila dia menjual dan semua yang berniaga MLM kena tempiasnya. Zah sebagai seorang ibu, seorang Kaunselor Penyusuan yang terlatih, memang sangat tak bersetuju dan pada Zah iklan tersebut adalah manipulasi dan tidak boleh diterima.

Nurul Qaireen Amani : janudice sebulan tau!

Zah percaya, setiap ibu dan bapa akan sedaya upaya berusaha untuk pastikan anak-anak sihat dan kuat. Tambah pula bila baby baru lahirkan. Kena dipantau  paras bilirubin dalam darah. Ia adalah perkara biasa untuk tahap bilirubin bayi untuk menjadi sedikit lebih tinggi selepas kelahiran.
Apabila bayi semakin berkembang di rahim ibu , plasenta membuang bilirubin dari tubuh bayi. Plasenta adalah organ yang tumbuh semasa mengandung untuk memberi makan kepada bayi. Selepas kelahiran, hati bayi bermula melakukan kerja ini. Ini boleh mengambil sedikit masa.
Jaundis menyebabkan warna kuning kulit. Warna kadang-kadang bermula pada muka dan kemudian bergerak ke bawah ke dada , kawasan perut , kaki, dan tapak kaki. Kadang-kadang , bayi dengan penyakit kuning yang ketara mempunyai keletihan yang melampau dan pemakanan yang kurang baik . Anak kita akan memerlukan rawatan jika tahap bilirubin yang terlalu tinggi atau semakin meningkat terlalu cepat.

Baby sebenarnya akan develop kulit dan mata yang kuning semasa beberapa hari selepas lahir. Jaundice yang sedikit adalah normal dan baik. Kerana bilirubin terhasil berpunca daripada antioxidant yang biasa kepada mamalia. Namun demikian, kadar bilirubin yang tinggi akan menyebabkan satu keadaan yang diberi nama 'Hyperbilirubinemia'. Keadaan ini akan menyebabkan baby mengantuk dan suka tidur serta kurang berminat untuk bangun minum susu yang boleh menyebabkan kesihatan baby menurun ( sumber: The Womanly Art Of Breastfeeding, Page 395)


Maklumat lanjut baca di link ini : Jaundice

-------------------------------------------------------------------------------------------

Tu info pasal jaundice yang zah translate dari website tu. Kalau ikut pengalaman, Zah ni dah 3 anak yang jaundice. Walau banyak petua yang diberi, kami masih percaya pada magic milk yang Allah bagi dan kurniakan pada manusia. Iaitu Susu Ibu.

Ingat lagi, masa Amani lamanya jaundice. asyik di paras bacan 190 sahaja. Kami ada juga terniat nak ambil ubat homopathy, tp bila kenang what if ubat tersebut merosakkan buah pinggang Amani. Siapakah yang perlu disalahkan? Orang yang mencadangkan atau kami berdua sebagai ibu bapa.

Belum lagi ke klinik kesihatan, sementara tunggu giliran untuk diperiksa dengar macam-macam cara alternatif, air mutiaralah, air itulah air sengkuang chinalah...Allahuakbar. Macam semalam Zah sempat sehari berada dalam wad kanak-kanak Hospital Bukit Mertajam, Zah sempat kaunseling hampir 10 pasangan yang bawa bayi mereka untuk diambil darah dan air kencing untuk pemeriksaan doktor. Rata-rata kerana kadar bilirubin yang berada di paras 180 ke atas selepas 2 minggu. Jika mengikut doktor pakar tersebut, darah dan air kencing bayi tetap di ambil untuk pemeriksaan cuma rawatan lampu tidak lagi sesuai untuk bayi. Doktor pakar hanya menyarankan ibu balik dan susukan bayi sekerapnya.

Kesimpulannya, bayi seusia 1 hari - 180 hari iaitu 6 bulan LANGSUNG tidak memerlukan apa-apa makanan/air masak/air mineral untuk mereka. Bayi kita berhak untuk makan dan minum air susu ibu mereka sahaja. InsyaAllah bayi yang disusukan 6 bulan tanpa makanan pejal dan diteruskan sehingga 2 tahun akan sihat, punya antibodi yang kuat dan pastinya menerima yang terbaik kerana magic milk ni Allah yang kurniakan. Ibu hanya perlu usaha dan usaha untuk pastikan anak menerima sebaiknya.

Semalam di wad, ada juga yang mengadu bahawa susu tak cukup, jaundice tinggi dan berhasrat untuk mencapurkan susu dengan susu formula. Pada Zah, susu sebenarnya sangat cukup jika ibu itu tidak menidakkan hak anak mereka. Bila anak sentiasa disisi, susukan mengikut cue feeding dan bukan jadual, ibu menjaga pemakanan, minum air secukupnya insyaAllah, Zah sangat percaya susu ibu akan cukup.

Zah juga jumpa ibu yang ditahan 8 hari diwad kerana jaundice bayinya disebabkan bakteria e-coli telah menjangkiti bayinya - boleh baca link ini untuk makluman http://www.scielo.br/pdf/babt/v48nspe2/a0648ns2.pdf . Sayangnya anak ini sudah dimulakan dengan botle feeding gara-gara ibu ini tidak dapat mengawal anak yang menangis hendakkan susu. Alhamdulillah, setelah sehari di brain wash oleh Zah, ibu ini bertekad untuk mengajar anaknya semula untuk menyusu secara terus. Alhamdulillah, syukur sangat. Ibu ini tidak bekerja pula, sayang jika anak menyusu botol walaupun susu itu susu ibu. Pengalaman perit getir Zah menjadi exclusive pumping buat Zah tegar untuk menyusukan anak secara terus. Lebih tenang dan sangat berbeza pengalaman itu.


Kesimpulannya : kalau rasa sedih sangat sebab baby kuning masa jaundice, selain usaha dan doa. Cari kumpulan Sokongan Penyusuan, kaunselok Laktasi mahupun kawan-kawan yang betul2 berjaya menyusukan anak untuk dapatkan sokongan. InsyaAllah bila korang betul2 establish masa menyusukan anak di awal-awal kelahiran. Ada ilmu, kita tak seriau sorang2.....seriau tu orang penang kata risau sorang-sorang. 

Ingat ya!

Anak jaundice?
Susu ibu jawapannya!

Kekenyangan dengan susu ibu : 15 bulan lagi 2 minggu.

Salam Kasih,
Masih Kaunselor Laktasi
Izzah
019-4142469


2 comments:

Petak Bunga said...

sy memang dah gagal menyusu fb selama 6 bulan. celup2 dengan susu formula jugak.. tp alhamdulillah, dah lepas 6 bulan masih menyusu anak setiap hari..anak tak pernah deman, tak ada alergik lg. sgt kuat.syukur sgt. even dah mula solid food dr 4 bulan lebih..tp penyusuan susu ibu paling diutamakan.
ada yg tak mampu menyusu..betul anak mudah alergik.

Petak Bunga said...

sy memang dah gagal menyusu fb selama 6 bulan. celup2 dengan susu formula jugak.. tp alhamdulillah, dah lepas 6 bulan masih menyusu anak setiap hari..anak tak pernah deman, tak ada alergik lg. sgt kuat.syukur sgt. even dah mula solid food dr 4 bulan lebih..tp penyusuan susu ibu paling diutamakan.
ada yg tak mampu menyusu..betul anak mudah alergik.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics