Thursday, February 06, 2014

Cabaran Menyambung Penyusuan Susu Ibu Selepas Kembali Bekerja



Alhamdulillah, sekarang ramai dah ibu bekerja yang memasang niat untuk menyusukan anak-anak mereka dengan susu ibu. Malahan Zah rasa sekarang ni, kat office Zah pun dah makin meningkat kesedaran ibu-ibu muda untuk menyusukan anak-anak mereka. Suka sangat, bila berselisih dengan ibu-ibu yang bawa cooler beg. Rasa macam nak cakap...tahniah puan! anda ibu hebat!

Namun demikian, Zah juga masih menerima email, PM dan waasap dari ibu-ibu yang mengalami masalah ketidakcukupan susu perahan bila kembali bekerja. Alhamdulillah, mereka juga sudah sedar TIADA jalan singkat untuk menambah susu ibu selain daripada USAHA tanpa jemu.

Cabaran paling hebat apabila menyusukan anak semasa bekerja adalah MASA dan KEKANGAN BEKERJA. Zah faham tu, ada juga sesetengah bos yang tidak gemar anak buahnya HILANG selalu semasa waktu kerja. Jadi apa penyelesaiannya?

Zah senaraikan beberapa tips untuk anda, ibu yang bekerja ya :-


  • Gunakan sebaik-baik masa berpantang untuk babymoon dengan bayi anda - sekiranya ambil 90 hari cuti bersalin - bulan pertama tu...susukan anak tanpa jadual dan syarat dengan konsisten. Bila mula nak buat stok? anda boleh mula memerah usai habis pantang atau selepas sebulan melahirkan. Jangan terburu-buru nak memerah susu ya!. Bukan tak boleh tapi Bayi adalah pump paling hebat didunia. Kerap susukan bayi. Akan banyaklah susu terhasil! 
  • Mind set paling penting -jangan asyik kata - susu tak cukup. Percaya tak 4 oz susu yang anda dapat tu setiap kali memerah dah banyak? Cukup sangat dah tu....kerap perah, kerap susukan bayi..insyaAllah pasti akan cukuplah susu untuk anak kita.
  • Sediakan peralatan memerah di pejabat dengan sempurna - jika persekitaran kerja yang sibuk, simpan sedikit duit sejak disahkan hamil untuk membeli gadjet penyusuan seperti breastpum, cooler beg, cooler ice dan juga nursing cover. Tak perlupun nak pump mahal, tp pastikan pump itu bergred hospital, ada warranty dan tahan lama.
  • Perah sekurang-kurangnya 3 kali di pejabat dan 2 kali di rumah : Cadangan waktu memerah - 12 tengah malam, 5.30 pagi , 8 pagi, 1 tengah hari dan 5 petang - anda tidak akan menggangu langsung waktu kerja di pejabat.
  • Memerah di meja sendiri : jika berpeluang memerah di meja sendiri, anda akan lebih mudah. Pakailah pakaian yang menutup aurat seperti tudung labuh, kurung menyusu dan nursing cover semasa memerah.
  • Yang penting konfiden, bila kita yakin, orang tak taupun yang kita sedang perah susu. InsyaAllah, zah dah pernah laluinya. Setahun kot bos tak taupun yang anak Zah bf. Meja zah betul2 depan pintu bos tau! so bukanlan alasan ye.
  • Jaga makan, minum air secukupnya, makan makanan yang sihat, rehat secukupnya, elak stress dan yang paling penting. Istiqamah dalam semua perbuatan. InsyaAllah tiada yang mustahil. Solat dan doa...bila kita minta Allah mesti bagi.
 

Akmal menyusu susu perahan sampai umur 3 tahun.
Aqilah tandem dengan Amani sampai 3 tahun.
Amani masih menyusu susu fresh hari-hari 
dan sangat kuat menyusu
sudah berusia 1 tahun 2 bulan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kalau selalu penat, letih dan lesu sepanjang tempoh menyusukan anak - Zah cadangkan ibu hebat boleh cuba set ini. InsyaAllah tiada lagi letih lesu. Zah tak janjikan susu yang banyak tp Set kesihatan optimum ini akan buat ibu cergas dan kuat!.

Lots Love of Energy,
izzah
019-4142469

------------------------------------------------------------------------------------------
*Setiap pembelian set nutrisi harian akan diberikan panduan pengambilan serta tips2 untuk memastikan susu terhasil. Ibu juga perlu bersedia untuk berusaha sehabis baik bagi memastikan hasrat mereka tercapai.*

saya tak janjikan susu yang melimpah ruah. tp saya janjikan susu anda akan cukup. janji anda mahu dan usaha sungguh!
------------------------------------------------------------------------------------------


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics