Friday, January 10, 2014

Perlukah Suplement Untuk Cuba Hamil?

Secara jujurnya Zah dan suami memang agak lewat sedikit dapat anak sulung kami. 1 tahun kosong, kami berdua banyak honeymoon. Terbang ke sana sini...hihihi ya suami saya suka jalan-jalan. Kami banyak sangat luangkan masa berdua.

Masa tu Zah dan husband still duduk dengan mak dan ayah mertua...mungkin takde rezeki lagi. Jadi kebetulan lepas setahun lebih duduk dengan mak dan ayah mertua, Zah dapat kerja Bank..so kami berdua decide untuk pindah ke rumah sewa.

Alhamdulillah, lepas 2 bulan duduk sendiri Zah disahkan hamil. Perasaan? Allahuakbar mestilah seronokkan. Sepanjang 1 tahun lebih kosong tu, memang usaha macam-macam jugak..last sekali zah berurut dengan mak bidan, dia angkat peranakan...dan terus lekat...lahirlah akmal...

masa tu Zah tak kenal dan tak dengar lagi pasal Shaklee ni...rupanya dalam shaklee ni ada juga set yang membantu untuk hamil atau lebih mudah set kesuburan.


Masa ni preggykan akmal :) - muka bulatkan?hihihi
Di laman sesawang Majalah Pa & Ma - di kalangan pasangan suami isteri yang subur, peratusan kejayaan hamil selepas percubaan bulan pertama hanyalah sekitar 25 peratus. Ini bermakna 75 peratus daripada pasangan perlu mencuba beberapa kali sebelum berjaya hamil. Ramai tertanya-tanya mengapakah dia masih gagal hamil walaupun telah banyak kali mencuba tanpa jemu. Nampak gaya Zah dan suami antara 75% yang kena usaha banyak kali :).
 
Jom tengok faktor penyebabnya pula.
 
  1. Usia wanita tersebut
  2. Usia dan tahap kesihatan pasangan 
  3. Gaya hidup 
  4.  Stres yang melampau 
  5. Pakaian 
  6. Pengambilan kafein
Namun demikian, rata-rata wanita yang cuba hamil akan mengalami masalah hormon. Sesetengah wanita tidak ada masalah untuk hamil tetapi tubuh mereka tidak mampu menghasilkan progesterone yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. 
 
Manakala bagi sesetengah lelaki pula akan mengalami bilangan sperma yang rendah dan bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya isteri mereka sukar hamil. Oleh yang demikian, suami perlulah menjalani beberapa ujian terhadap sperma mereka untuk mengetahui keadaan sebenarnya.
 
Zah ingat lagi, lepas setahun kosong...zah ada jumpa doktor...doktor tu kata, jaga pemakanan. Makan makanan yang sihat dan dia juga bekalkan zah dengan multivitamin. Kalau lepas 2 tahun takde jugak...barulah doktor tu suruh zah refer balik untuk test kesuburan :) - alhamdulillah. rezeki kami mengandung jugak lepas 4 bulan konsisten makan multivitamin tu.
 

Dipendekkan cerita, ada kawan di FB yang tanya tentang set kesuburan Shaklee pada Zah...Kemudian, Zah list down semuanya seperti di atas. Dia kata banyaknya nak makan....

Pada Zah, kalau nak untung boleh je nak jual set bajet kesuburan ni. tp Zah tak nak bila kita makan, dia tak mujarab. Jadi adalah lebih baik Zah cadangkan pada kawan Zah tu...set yang boleh diusahakan untuk hamil.

InsyaAllah, suami makan suplement, isteri makan suplement, doa, solat hajat, konsisten hubungan, jangan stress...jalani kehidupan yang sihat antara suami dan isteri...insyaAllah, Semoga Allah akan berikan kita manfaat dari penggunaan produk yang konsisten.

Jika berminat dengan set kesuburan shaklee ini dan untuk mendapatkan khidmat konsultansi percuma boleh wassap Zah terus : 019-4142469 atau hubungi zah di FB : NOORHARIZAH AZFAR 
  
 
Lots Love Of Energy,
Izzah
019-4142469
SID 1085702  

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics