Thursday, January 09, 2014

Perlukah suplement semasa hamil?

Semalam seorang teman Zah mengkhabarkan berita gembira. Dia hamil anak ketiga - sudah 7 minggu. Alhamdulillah...seronoknya bila kita dizinkan Allah untuk menimang cahayamata. Siapa tak seronokkan? 

Tetiba Zah punya debar nak anak lagi tu semakin bertambah...hihihi sabarla hati, selagi tak dapat berat ideal...jangan preggy dulu :p
 
 

Cuma bila di fasa awal kehamilan, ada ibu yang akan mengalami simptom letih tahap nak tidur memanjang....loya...letih lesu bagaikan....kalau yang tak keje, bolehla tido dan rehat....tapi kalau yang kerja terpaksa juga hadir ke pejabat. Ada sesetengah yang sampai terpaksa ambil cuti tanpa gaji.


Tahu tak kenapa kita letih, lesu dan loya semasa awal kehamilan? Menurut tulisan di babycenter, kehamilan meletakkan tekanan yang kuat ke atas seluruh badan kitaa, dan ini boleh membuatkan kita menjadi sangat letih. Apa yang kebanyakan wanita paling ingat mengenai fasa awal kehamilan ialah rasa letih yang berterusan. Mereka yang biasa berjaga malam pun mendapati mereka terpaksa menahan mengantuk untuk menonton program TV kegemaran mereka.
Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan kita bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan kita sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.
 
Semasa hamil, terdapat 3 nutrisi paling penting untuk kesihatan ibu mengandung adalah kalsium, zat besi dan asid folid. Ibu yang hamil seharusnya memastikan tubuh mereka mendapat nutrisi ini secara langsung dari susu, buah-buahan sitrus dan jus buah-buahan,  makan sayur berdaun hijau, kekacang, bijian penuh, roti dan emping jagung.

Suplement antenatal diakui tidak setanding dengan makanan semulajadi. Namun demikian, pengambilan vitamin semasa hamil dapat memastikan tubuh menerima nutrisi yang kurang dari pemakanan harian kita. 

Paling penting dengan izin Allah, asid folid iaitu B Complex mampu menggelakkan kecacatan tiub neutral ketika dalam proses pembentukan bayi.
 
 
 
Dipendekkan cerita, kawan Zah memang sedar kepentingan suplement semasa hamil, jadi dia minta Zah cadangkan vitamin apa yang sesuai untuk dia ambil sepanjang kehamilannya ini.
 
Alhamdulillah, oleh kerana dia pernah disyaki mengidap penyakit SLE, hanya Vitalea yang tidak sesuai diambil oleh beliau. Semoga usaha beliau ini akan dipermudahkan dan beliau mendapat manfaat dari produk kehamilan Shaklee.

Ulasan Cinta Dari Zah :
 
  • Zah yang belum hamilpun sedang consume semua vitamin ni, tujuan dia nak sediakan badan yang lebih sihat sebelum hamil semula. Semoga usaha ini berbaloi :)  
  • Untuk setiap pembelian Set ini - anda boleh terus digunakan semasa dalam tempoh berpantang dan juga selepas itu. Kesihatan ibu yang baik dan bertenaga akan membantu ibu lebih sihat semasa menyusukan bayi.
  • Untuk mendapatkan khidmat konsultansi percuma boleh wassap Zah terus : 019-4142469 atau hubungi zah di FB : NOORHARIZAH AZFAR 
  
 
Lots Love Of Energy,
Izzah
019-4142469
SID 1085702  



No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics