Wednesday, January 29, 2014

Induced lactation : Cetusan laktasi : pengambilan anak angkat.

Bismillahirohmanirrohim.

Allah yang maha Pemberi dan maha Mengetahui segala-galanya.

Last week, Zah dihubungi oleh seorang ibu yang mahu sangat-sangat menyusukan anak angkat beliau yang ada 4 bulan lagi masuk 2 tahun.

Memandangkan anak beliau sudah berumur 1 Tahun 7 bulan, Zah maklumkan kepada beliau bahawa, syarat untuk menjadi anak susuan tidak semestinya anak itu menyusu secara terus dari ibunya.

Antara syarat menjadi anak susuan adalah seperti berikut :-

Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:

a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
 
Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.
 
Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.
 
Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.
 
Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.


__________________________________________________________________________________

Alhamdulillah,  beliau telah dilorongkan oleh Allah untuk mengikut beberapa saranan Zah sebagai seorang kaunselor laktasi, progress seminggu ni adalah susu badan sudah kelur, tetapi berwarna jernih....insyaAllah bila beliau gigih. Patuh pada jadual memerah dan sudah tentu akur dengan jadual-jadual mengambil suplement dan ubat yang betul. Usaha beliau pasti berjaya.


Walaupun Zah mencadangkan agar beliau mengambil suplement untuk mengekalkan kecergasan dan kuat semasa memerah, zah juga pastikan beliau tahu dan faham kegunaan suplement tersebut. InsyaAllah zah akan update lagi mengenai beliau.

Doakan beliau berjaya ya!

Lots Love of Energy,
izzah
019-4142469

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Setiap pembelian set nutrisi harian untuk ibu menyusu/ibu yang mahu mengambil anak angkat akan diberikan panduan pengambilan serta tips2 untuk memastikan susu terhasil. Ibu juga perlu bersedia untuk berusaha sehabis baik bagi memastikan hasrat mereka tercapai.*

saya tak janjikan susu yang melimpah ruah. tp saya janjikan susu anda akan cukup. janji anda mahu dan usaha sungguh!



1 comment:

Marjiana Sani said...

Salam sis. Bagaimana untuk mendapatkan kaunseling ibu susuan ya? Boleh hubungi saya di marjiana.sani@gmail.com

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics