Friday, December 13, 2013

Rindu oh rindu


Sebenarnyakan....bonda dan ayah memang berbelah bahagi bila nak hantar anak-anak kerumah opah mereka. Tapi apakan daya, pengasuh tak cukup tangan nak jaga akmal dan aqilah masa suaminya takde. Zah pula mahu pengasuh tumpu jaga amani dan adam (anak pengasuh)...maka dengan berat hati akmal dan aqilah ke rumah opah pertengahan november yang lalu. 

Kebetulan masa minggu pertama Akmal dan Aqilah takde, adik dia amani pula jatuh sakit, warded. Nak dekat dua minggu juga nak baik. So, banyak masa memang tumpu pada kesihatan amani je. Syukur amani dah baik dan ada hikmah abang dan kakak dia takde.

Hari-hari call anak-anak. Rindu tu Allah je lah yang tahu. Tambah pula masa amani sakit hari tu, abang dan kakak diapun pandai nasihat adik jangan muntahkan balik ubat...huhuhu anak-anak yang bijak.

Anak-anak pula kat umah opah memang cukup makan pakai, sampai opah kata perut buncit, pipi pun dah macam telur. InsyaAllah lagi seminggu lebih nak p amik abang dan kakak ni. Cuti sekolah nak habis, sibuk untuk mula sekolah pula :)

Akmal paling seronok bila call je dengar adik dia bercakap...hihi yup amani lepas tak sihat hari tu dah belajar bercakap dah...macam2 bunyi dah sekrang ni...makin meriahla rumah zah lepas ni...anak-anak dah besar katakan...hihihi

Aqilah pula kalau call je mesti ada je cerita. Cerita harian depala...apa aktiviti umah opah. Kadang-kadang anak-anak kita luar jangka, ingatkan tak boleh berdikari. Tapi rupanya baik-baik je depa ngan opah tu. Oh ye, nasib ada ayah su sama...hihihi adik zah yang bongsu pun jaga anak-anak zah dengan baik. Tq tau ayah su...Ok, itu je...cerita rindu anak-anak yang hebat!

Jom kongsi cerita anak-anak dengan opah mereka :)


 

 
"Berubah Untuk Sihat:Berubah Untuk Bahagia"

 
Noorharizah Azfar Binti Ali Bahrun
SID : 1085702
019-4142469

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics