Thursday, December 19, 2013

Mahu Kurus Walaupun Menyusukan Anak

Bonda dan Aqilah anak kedua yang menyusu sehingga 3 tahun

Impian semua wanita yang hamil kemudian mendapat kenaikan berat badan yang agak banyak sepanjang kehamilan. Mahu salahkan kehamilan atau salah sendiri semasa hamil tidak menjaga kalori makanan yang diambil :p. Tepuk dada tanya hati sendiri.

Nawaitu Zah untuk menjaga badan memang dah ada since preggy anak ketiga. Masa tu preggy berat mula dah 54kg. Memang statik even menyusukan anak kedua. Berat terakhir sebelum bersalin adalah 70kg. Ketinggian 149cm dan berat 70 kg memang nampak macam peguin comel.

Sebulan bersalin Zah beranikan diri timbang berat. Alhamdulillah dah 58kg. Dalam hati memang simpan azam bahawa berat aku mesti turun lagi. Nak kurus sebelum mengandung semula nanti. Zah memang berpantang bersungguh. Even menyusukan amani, Zah kawal pemakanan Zah. 

Alhamdulillah, bila kita konsisten...memang dah nampakla kesannya. Zah pun makan seadanya, makan jamu, bengkung, tungku...Masuk kerja berat dah 56kg. Kemudian, Zah demam pula masa kerja. Teruk juga sakit masa tu. Turun banyak KG juga. Masa tu memang susu sikit sangat. Tapi Zah peduli apakan. hihihi....sakit ke tak, operasi memerah dan menyusukan anak tetap diteruskan.

Sekarang, selepas 1 tahun menyusukan anak-anak, Memang badan nampak sangat beza. Tambah pula bila Zah amalkan set langsing Shaklee ni kan. Sambil menyusu, sambil diet, sambil jaga badan, tanggungjawap pada  anak tetap diteruskan.

Pada Zah sampai bila asyik mahu pasal fikir orang lain. Berubahlah demi diri sendiri. InsyaAllah bila kita nekad, perubahan yang baik ini akan beri kesan pada orang terdekat kita sendiri.


Zah kongsikan tips sihat untuk kurus 
semasa menyusukan anak-anak kita.

  • Tunggu sehingga bayi kita berumur 2 bulan
Kenapa 2 bulan? Tempoh ini memberikan masa untuk tubuh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi anda. Penyusuan susu ibu sendiri akan membakar 200-500 kalori sehari sepanjang penyusuan.
  •  Menyusukan bayi tanpa alasan 
Susukan bayi tanpa syarat, susukan tanpa tengok jam dan janganlah mengikut jadual feeding yang sering dimomokkan kepada kita. 2 jam sekali?  3jam sekali. Baby kita bukan robot. Adakala dia akan menyusu kerap-kerap. Susukan mengikut permintaan bayi bukan mengikut jadual anda. Penat? Standartlah bila jadi ibu. Ada anak memanglah penat. Bayi kita tu manusia bukan patung sebab tu dia menyusu kerap.
  • Makan sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari
 Nampak banyak sangatlah nilai kalori tu. Pilihlah menu makanan yang sihat. Sederhana bila makan. Jangan jadikan menyusukan anak itu kita perlu makan banyak.
  • Kurangkan kalori secara perlahan 
Bila rasa susu dah established. Dah tau berapa 'oz' susu bayi anda perlukan sehari. Barulah kita perlahan-lahankan kurangkan kalori makanan harian. Tapi Zah cadangkan agar kita bertahan sehingga 10 - 1 tahun. Bukan apa, jika kalori dikurangkan secara mendadak, ia akan memberi kesan kepada susu anda. Macam masa kita sakit, kita kurang makan, susu pun sikitkan? So, berhati-hati tau. Nak kurus boleh, tp pastikan hak anak dipenuhi dahulu.
  • Elakkan ubat kurus yang menjanjikan kita cepat kurus.
Liquid diets, low-carb diet, fad diet, weight loss medication, etc adalah tidak dicadangkan apabila anda masih menyusukan permata hati.

Sumber kellymom.com dan diolah sedikit mengikut kefahaman sebagai seorang ibu yang menyusu dan mengamalkan diet sihat sepanjang menyusukan amani dan aqilah.

1 comment:

mamaorg said...

Tips yang sangat menarik. Terima kasih atas perkongsian

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics