Wednesday, December 11, 2013

Keterujaan Menyambut Orang Baru : Persedian Penyusuan Susu Ibu

Zah ingat lagi...masa disahkan mengandung anak pertama...langsung tak terlintas nak sediakan peralatan memerah susu ataupun langsung tak teringat nak membeli breastpump. Malah tak terlintas langsung nak mendalami ilmu penyusuan susu ibu. Tapi ketika usia kandungan mencecah 7 bulan, nawaitu nak menyusukan anak tu berkobar-kobar. Zah cari gali ilmu, malah tanpa banyak soal zah beli Breastpump Spectra 3 semasa kandungan berusia 8 bulan.

Alhamdulillah, masa disahkan mengandung anak kedua....Zah sudahpun menghadiri kursus penyusuan susu ibu. Bergelar Peer Counselor ataupun Pembimbing Ibu Menyusu memudahkan lagi perjalanan penyusuan anak kedua Zah. Kebetulan, semua peralatan penyusuan Zah dah ada...lagilah mudah ceritanya.

Begitu juga dengan kelahiran anak ketiga. Zah masih menyusukan anak kedua. Walaupun bertekak sedikit dengan bidan masa tengah sakit kontraksi yang kuat mengenai 'rooming in'. Alhamdulillah, Zah berjaya juga menyusukan anak ketiga. (Hari ni dah setahun 10 hari).

Apa yang Zah nak kongsikan hari ini adalah mengenai persediaan untuk menyusukan anak bila perlu bermula.

  • Niat - pada Zah, nawaitu menyusukan anak dengan susu ibu kena ada since kita positif mengandung. Mean bila dah tau ada baby dalam perut, cari gali ilmu mengenai penyusuan tu. Ilmu penyusuan susu ibu ni sangat meluas tau. Bukan semudah ABC tetapi tidak sesukar XYZ. InsyaAllah bila ada ilmu, apapun dugaan ibu dan ayah baru akan kuat.
  • Hadiri kelas penyusuan, perjumpaan kumpulan sokongan, dan juga beli buku/bahan bacaan mengenai penyusuan susu ibu.
Antara buku yang kini menjadi simpanan dan dibaca kala boring :p

  • Tidak salah teruja, tetapi adalah berbaloi untuk membuat pelaburan kepada barangan keperluan penyusuan susu ibu. Sekiranya bekerja, ibu dan bapa boleh meletakkan pembelian Breastpump sebagai barangan utama yang perlu dibeli untuk menyambut cahayatamata kita.
  • Apabila peralatan dan ada, dalami ilmu sedalamnya. Ilmu asas penyusuan susu ibu seperti posisi semasa menyusukan, saiz perut bayi, kenali tanda bayi mahu menyusu, kenapa bayi kerap menangis, kenapa bayi kelihatan tidak puas semasa menyusu. Semua ini perlu dihadam sebelum bayi lahir. Apabila bayi lahir nanti, insyaAllah ibu dan bapa tidak panik.
Set Medela Freestyle yang menjadi pilihan utama kawan-kawan Zah,
Zah sendiri sudah menggunakan Breastpump Medela Freestyle sejak 2009
  • Kita selalunya menyenaraikan katil bayi, stroller, tilam dan sebagainya tetapi bila perlu berbelanja untuk Breastpump semuanya mengeluh. Mahal katanya. Sudahkah kita membuat kira-kira betapa pembelian set penyusuan susu ibu itu sebenarnya sangat berbaloi? Dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu, Zah percaya anda akan jimat banyak apabila menyusukan anak dengan susu ibu.

  • Dan sesungguhnya, selain kita tidak terbeban dengan keadaan ekonomi. Kita sebagai ibu bapa akan tahu apa yang anak kita makan/minum untuk membesar. Tidak risau dengan jangkitan air yang tidak cukup masak atau jangkitan dari susu yang tersilap semasa pengilangan. Susu Ibu Allah cipta khas untuk anak kita dan diakui memiliki 1001 juta kebaikan yang terselindung. Jadi kita sebagai ibu dan bapa yang bijak kenapa menidakkan nikmat Allah?
InsyaAllah, dengan ilmu, usaha tanpa jemu, istiqamah, fokus kepada keperluan anak. Keterujaan menyambut orang baru akan lebih bermakna.
"Berubah Untuk Sihat:Berubah Untuk Bahagia"

Noorharizah Azfar Binti Ali Bahrun
SID : 1085702
019-4142469

2 comments:

Ibu Amani said...

saya pon still breastfeed anak saya yang umurnya dah nak masuk 2 tahun bulan dpn..alhamdulillah...teringin utk menjadi seperti puan :)

Noorharizah Azfar said...

Ibu Amani :

sukanya zah dengan anam amani tu. anak kita nama sama :)

insyaAllah semua org boleh janji nak je :p

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics