Tuesday, December 10, 2013

Berubah Untuk Sihat : Mahu mengandung lagi


Zah memang bercita-cita untuk ada anak ramai. Kalau ikut perancangan diri ( husband tu on je) , zah teringin nak ada anak awal tahun 2015.

Ini bermakna Zah ada 6 bulan dari sekarang untuk pastikan badan sihat sebelum mengandung semula. Hasrat Zah kali ni biarlah kehamilan yang memang terancang bukan 'kemalangan' macam selalu tu..

Kalau ikut cita-cita teringan nak alami bersalin kat rumah macam kawan-kawan Zah yang hebat tu...yup sekarang ni ramai yang dah berilmu dan bersedia untuk bersalin di rumah. Tapi Zah tak percaya dengan diri sendiri...Jadi tak dapat bersalin kat rumah, tapi dapat bersalin yang mudah macam kelahiran anak ke tiga kami tu pun dah cukup dah.

Zah mengandung anak kedua masa anak sulung umur setahun sebulan, mengandung anak ketiga masa anak kedua umur setahun 3 bulan. Cabarannya macam2. Pengalaman mengandung 3 kali buat Zah dah imu dah...orang kata tau dah apa yang perlu dan tak perlu bila mengandung nanti.

Zah kongsikan pengalaman mengandung masa anak 1st, 2nd dan 3rd adalah lebih kurang sama. Masalah yang Zah sering hadapi sepanjang mengandung adalah berat naik mendadak ( ni masa anak 1st) gara-gara minum susu anmum. Doktor suruh stop minum.

Pastu masalah yang ada masa tiga-tiga kehamilan adalah HB rendah. Bila HB rendah ni yang tak bestnya, kalau ke Klinik Kesihatan, kita akan jadi bahan uji kaji. Zah dah pernah hantar urin, hantar najis, kena amik darah yang berbotol-botol tu. Paling tak best bila urat tak jumpa....sangat sakit...oh pernah juga kena minum air gula yang tak best tu..gara2 berat naik tu la.

Jadi Zah percaya, kehamilan yang sihat perlu menyediakan tubuh badan yang sihat juga. Sebab tu Zah tekad untuk ambil suplement yakni makanan tambahan. Maklumlah nak mengandung di usia 30 tahun nanti bukan staminanya sama macam kita umur 27 kan...

Alhamdulillah, Allah lorongkan Zah untuk mencuba produk ini. Produk pun dah well established kan. So memang takde kekhuatiranlan.


Kalau nak tau pasal setiap suplement yang Zah makan ni, boleh ke blog niaga Zah tau : lovekiddos.blogspot.com . InsyaAllah, kesihatan yang baik akan mempengaruhi sebahagian besar kehidupan kita. Sama ada penampilan luaran, perasaan dalaman dan kejayaan seseorang semuanya bergantung kepada kesihatan kita.

Oh ye,Zah berani nak makan suplement dari shaklee ni bukan apa. Sebab terbukti semua produk ini selamat dan berkesan. Kita pun tau, bila produk dah well established tak risau dah dengan 'bahan-bahan' yang ada dalam setiap produk. Sekarang memang ada macam-macam produk di pasaran yang kata produk mereka baik dan sesuai. tup-tup satu hari KKM tarik lesen. Risau kan? Zah pun nawaitu nak sihat balik ni. Zah sebenarnya ada beberapa masalah kesihatan...hihihi so back to the topic, nak sihat Zah kena berubah. InsyaAllah badan akan lebih bersedia nak mengandung semula.

Doakan Zah sihat tau! Keinginan nak ada baby lagi ni sangat kuat. Tambah pula bila baru dapat anak saudara baru-baru ni. InsyaAllah tahun depan dapat seorang lagi. So sedang elok la awal 2015 dapat baby lagi. Meriah sikit rumah opah bila raya...hihihi...

"Berubah Untuk Sihat:Berubah Untuk Bahagia"

Noorharizah Azfar Binti Ali Bahrun
SID : 1085702
019-4142469

1 comment:

Nur Aini said...

bangga dengan semangat kak zah,

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics