Friday, December 06, 2013

Berubah Untuk Sihat : Berubah Untuk Bahagia.

Alhamdulillah hari ketiga sebagai SID : 1085702. Kenapa Zah memilih untuk join sebagai Pengedar Sah Shaklee? Sekarang orang nampak iklan shaklee je mula nampak kepada penyusuan susu ibu. Malah tanggungjawab Zah sebagai Kaunselor Laktasi juga dipersoalkan.
 
 
Teman-teman hebat sekalian,
 
 
Nawaitu Zah untuk bergerak aktif dengan Shaklee adalah untuk merubah kehidupan keluarga. Zah mahu mengurangkan beban suami. Yang pasti Zah nak anak-anak Zah dapat yang terbaik.
 
 
Sampai bila kita mahu duduk dalam 'sarang selesa'? Sampai bila kita mahu gaji kita cukup-cukup makan sahaja. Suami Zah kata, biarlah sayang. Kita gunakan apa yang ada ni sahaja. Tapi sampai bilakan?
 
 
Zah dulu masa nak sambung belajar, ayah dan bonda terpaksa meminjam sana sini. Ayah terpaksa jual motor kesayangannya (JAGUH-Medenas) kerana nak hantar Zah untuk sambung belajar kat U. Kesian ayah. Zah punya cita-cita untuk pastikan anak-anak dapat keselesaan. Zah dah pernah susah. Zah tak mau anak-anak rasainya.
 
 
Teman-teman Yang Diredhai Allah,
 
 
Setahun Zah menyusukan anak ketiga, memang tiada masalah langsung dengan susu. Malah, Zah juga berupaya supply susu kepada anak susuan. Tetapi lately, semakin hari Zah rasakan badan dah tak cukup stamina. Zah baru 30 tahun. Tapi dah mula rasa kebas kalau duduk lama-lama kat office, malah kalau gunakan breastpump manual, tangan Zah akan sakit. Sendi dah tak kuat. Apa lagi pilihan Zah selain daripada Berubah Untuk Sihat?. 
 
 
Selain daripada untuk diri sendiri, Zah juga mahu tambah baik hubungan Zah dan suami. Kasihan dengan ekonomi sekarang yang sangat-sangat mencabar. Kalau semua benda kita serahkan pada suami, pitam suami kitakan? Sebab itu Zah mahu Berubah Untuk Bahagia.
 
 
Alhamdulillah, Allah mudahkan Zah untuk aktif dengan Shaklee. Yang seronoknya, di bawah bimbingan sahabat Zah, akan disuntik dengan kata-kata motivasi, rohani dan jasmani yang mementingkan kepada doa yang spesifik kepada Allah.
 
 
Selain hendak bantu diri sendiri, bantu suami, Zah teringin untuk bantu teman-teman lain. Sekurang-kurangnya rumahtangga lebih 'selesa' bila 'kewangan' kita bertambah baik. Antara matlamat Zah bulan ni. Kalau dapat sebiji gold bar dari team Zah...alangkah bestnya :p, gold bar dapat. Bonuspun dapat. Siapa nak? Jom wassap Zah terus tau! Oh weechat pun ok. Email pun takpe. FB pun takde masalah. Mana yang anda selesa.

Ingat, Zah berubah sebab nak anak-anak merasa selesa macam anak-anak orang lain. Zah nak anak-anak dapat yang terbaik. Dan yang penting Zah nak hubungan Zah dan suami bertambah erat dari sekarang. Zah sayang keluarga kecil kami.
Kalau anda mahu. Jom sertai Zah ye.




"Berubah Untuk Sihat:Berubah Untuk Bahagia"


Noorharizah Azfar Binti Ali Bahrun
SID : 1085702
019-4142469


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics