Thursday, December 12, 2013

Anak rapat dengan siapa?

Nurul Qaireen Amani yang rapat dan manja dengan ayah.

Anak-anak Zah memang rapat dengan ayah depa.Kekadang bila anak-anak sendiri ni rapat sangat dengan ayah mereka. cemburu kot bonda mereka ni....Macam sekarang, anak-anak berada di rumah opah mereka jauh nun di pahang, hari2 zah call...kononnya nak lepas rindu. Tapi anak-anak pula yang cari ayah dulu...mean nak cakap ngan ayah dulu, dah habis cerita baru nak cakap dengan bonda depa pula...jeles sungguh!

Alhamdulillah, pada Zah perubahan cukup besar bila kami berdua dikurniakan anak. Zuriat memang penyambung cinta kami berdua. 1 tahun lebih kosong, zah dan suami memang enjoy honeymoon. Sehinggalah kami duduk di rumah sewa sendiri baru disahkan hamil anak sulung. Lepas sorang-sorang, lagi...latest berderet dah anak-anak kami ni.

Masa akmal dulu, husband tak berapa sangat bantu...hihihi anak 1st katakan, tp husband memang akan bantu bab keje rumah. lega sangat. Dia rajin masak..hihihi yelah kalau harap wife dii ni...alamat makan pun tak nyempatlah.

Pastu masa aqilah, ayah depa dah mula main peranan masa dalam pantang lagi. Kejut anak, mandi anak....kiranya dia create bonding antara mereka. Masa Zah disahkan hamil anak ketiga, husband juga banyak bantu tenangkan zah ni..yelah menyusukan anak masa hamil bukan mudah. Menyusu sambil nangis pun pernah...sbb cik p kita dah sensitifkan.

Aqilah pula menyusu sampai ke hari akhir preggy. Kalau orang tanya macamana zah handle anak yang masih menyusu masa preggy, pastu jenis tido melekat dengan mak. tp bila adik hadir dia ok je sebabnya adalah ayah depa mainkan peranan. Selalunya zah akan susukan aqilah lepas adik menyusu. Kemudia bila nak tido ayah yang akan tidokan anak-anak.

Alhamdulillah, sampai sekarang kalau nak tido anak-anak, baik akmal mahupun aqilah akan cari ayah untuk peluk dan tepuk-tepuk mereka....Zah boleh handle adiknya amani debab tu. Tapi sekarang zah perasan, anak ketiga kami pun dah mula nak ayah je...hihihi menyusu dengan bonda pastu nak tido, tido dengan ayah.....pastu tak cukup panas,cari bonda balik :p.

Amani memang dari kecik sejak dari lahir lagi anak ayah. Masa hari kedua dia nangis sangat kuat kat hospital, bila bagi ayah dodoikan..alhamdulillah senyap. Jadinya, sejak itu bila dia punya tangisan yang tak boleh tahan...bonda depa pun dah penat...Zah selalunya akan bagi amani pada ayahlah.

At-least, bila ayah turut sama dalam proses besarkan anak-anak, bonda takdelah rasa penat sorang...hihihi....kan? menyusupun mudah, membesarkan pun mudah.

Tahun depan anak-anak dah mula sekolah, kakak dan abang long. Memang perlukan suami bantu. Kalau tak...pagi-pagi bonda macam lipas kudung :p,....

Oh suami banyak tolong, so Zah hadiahkan dia dua benda :) - dia kata nampakla beza sikit bila bangun pagi. Badan ringan je.

 
Promote sat na....

Set ni memang set kesuburan, tapi bukan semata-mata untuk sabar. Tu yang untung bila kita makan vitamin shaklee...dia bukan setakat boleh jadi set kesuburan, boleh juga untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan. Cerita lanjut kat blog satu lagi tau. (www.lovekiddos.blogspot.com)


"Berubah Untuk Sihat:Berubah Untuk Bahagia"
Noorharizah Azfar Binti Ali Bahrun
SID : 1085702
019-4142469


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics