Thursday, December 05, 2013

Berubah Untuk Sihat : Berubah untuk Bahagia

Bismillahirohmanirrohim.
 
Alhamdulillah, semalam 4 Disember 2013 Zah sudah mengorak langkah setapak lagi dalam hidup. Setelah berfikir dua tiga bulan mengenai kewangan keluarga. Zah rasa zah perlu menaik taraf diri. Dengan keadaan kewangan dan ekonomi yang semakin meningkat sekarang, Zah maklumkan pada suami yang Zah perlukan duit lebih (extra money). Tetapi kalau setakat duduk sahaja, memang tidak mencukupi. Zah perlu extra usaha dan extra rajin.

 
3 Disember 2013 - Zah PM beberapa orang sahabat mengenai hal ini, Alhamdulillah dalam ramai-ramai yang Zah PM. Seorang sahabat ni lebih banyak penerangannya. Lebih jelas dan dia minta Zah solat serta doa pada Allah untuk dilapangkan dada untuk membuat pilihan. Malah dia minta Zah agar maklumkan pada suami. Katanya apa jua pekerjaan minta izin suami. Zah balik, solat dan masih berfikir. Keputusan belum dibuat. 
 
 
4 Disember 2013 - semasa waktu subuh yang hening sambil bersiap untuk ke tempat kerja, Zah dengar kuliah subuh berbicara mengenai penceraian. Antara butir bicara mengenai hal itu adalah orang lelaki yakni suami selalunya akan serabut dan mudah marah apabila menghadapi masalah duit. Zah percaya dan akui hal itu. Maklumlah dengan keadaan sekarang yang semua nak naik harga. Baik minyak, gula, letrik...yang pasti akan memberi kesan pada benda lain juga. Dengan komitmen anak-anak yang makin besar, perlu sekolah...Zah nekad.
 
 
Zah PM sekali lagi kawan Zah. Alhamdulillah, dia mudahkan.
Teman-teman,

Walaupun keputusan ini Zah buat untuk menambah kewangan keluarga, Zah juga akan pastikan limitasi Zah di dalam berniaga. Zah masih seorang Kaunselor Laktasi, Zah masih Peer Counselor yang terlatih. InsyaAllah, iklan-iklan missleading atau yang menyalahi asas di dalam penyusuan tidak akan Zah lakukan. 
Kenapa?
 
Kerana Zah juga seorang ibu, InsyaAllah...Nawaitu Zah adalah hanya untuk membantu suami, mahu merealisasikan impian Zah dan suami untuk beri anak-anak yang terbaik dalam hidup mereka. InsyaAllah dengan izin Nya juga, Zah bersedia bantu teman-teman lain yang mahu merubah ke arah hidup yang lebih sihat.
Zah percaya, bila badan yang sihat. Akan bantu mudahkan tugas kita sebagai isteri, ibu yang menyusukan, bekerja dan juga sebagai hambaNya. Apapun pilihan kita, Zah harap semua orang hormati. InsyaAllah, yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang diri Zah sendiri.
Teman-teman,
Jika perlukan apa-apa konsultansi mengenai penyusuan susu ibu ataupun mengenai makanan tambahan, boleh terus PM, email mahupun wassap zah ya. Mohon untuk doakan zah juga berjaya dalam bidang yang Zah ceburi ini. Zah masih orang yang sama cuma mahu upgrade diri sahaja.

Distributor ID No : 1085702 
Hubungi saya di : 019-4142469
Email : izzahazfar@gmail.com
Facebook : NOORHARIZAH AZFAR

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics