Thursday, November 14, 2013

TIPS PENYUSUAN : MILK BOOSTER PENTING SANGAT KE?

Rata-rata ibu-ibu yang menghantar emel mahupun PM kepada Zah bertanya mengenai
 pengambilan MILK BOOSTER semasa dalam tempoh penyusuan?
Tidak dinafikan ada antara makanan yang kita ambil itu mampu menyumbang kepada hasil tuaian kita setiap hari.

Namun demikian, adakah ia bermakna MILK BOOSTER itu perlu ada atau penting sepanjang tempoh penyusuan susu ibu kita?

Apa itu  MILK BOOSTER?
MILK BOOSTER adalah apa-apa makanan yang dikatakan boleh membantu menggalakkan pengeluaran susu. Ini bermakna, MILK BOOSTER hanyalah membantu dan susu kita tidaklah keluar begitu sahaja tanpa diminum oleh bayi kita or diperah keluar.



Alhamdulillah, sejak Zah menghadiri beberapa siri kursus penyusuan susu ibu, Mula membaca beberapa buku mengenai Breastfeeding. Zah sedar bahawa MILK BOOSTER bukanlah keperluan utama sepanjang menyusukan anak-anak.

Kadang-kadang tanpa kita sedar rupanya makanan yang kita makan seharian tu adalah Milk Booster kita. Hati yang gembira, penuh kasih sayang...usaha yang istiqamah juga senyuman suami boleh jadi MILK BOOSTER tau....



Last week beli maruku buat kudap-kudap kat office. 
Tengah makan perasan maruku tu banyak sangat helba dia
helba dalam bahasa canggih dia Fenugreek.
Zah masa zaman akmal dulu memang makan Fenugreek bila susu merudum teruk masa akmal 10 bulan...selain memerah zah kerapkan, power pumping...zah cuba makan fenugreek
alhamdulillah..memang berhasilla....kira dari stok perah hari ni untuk esok,
zah juga dah boleh simpan sikit buat extra stok untuk akmal.
tapi masa tu zaman EP.
memang agak tertekan...pump tak kira masa
orang tido zah berjaga
orang rehat zah sediakan susu untuk anak..hihih

tapi bila aqilah lahir,
zah tak perlu makan fenugreek dah
aqilah kerjanya menyusu je
zah pula kerapkan perah
makan macam biasa
alhamdulillah...stok susu tu memang banyakla sampai kena beli deep freezer kedua.

Sebahagian Stok Susu Perahan yang sudah diasingkan :)


Hari ni dah 351 hari menyusukan anak ketiga pula. Masih mengekalkan konsep susu baby ikut permintaan...zah tak perlukan susu yang banyakpun setiap kali memerah, cukup memandai dengan 8-12 oz sekali perah...zah masih boleh menyimpan susu untuk amani dan anak susuan zah.

InsyaAllah, susu kita memang cukup keperluannya bila kita boleh urus dengan baik. Antara pengurusan penyusuan yang baik adalah seperti kita tak ajar anak minum susu yang banyak2 sekali minum...susu ibu tak perlupun nak bertambah setiap kali bila umur anak meningkat. Susu Ibu ni istimewa...sangat istimewa...

Kesimpulan kepada cerita hari ni, MILK BOOSTER bukan keperluan utama dalam penyusuan susu ibu. Nak berjaya makan je apa yang kita rasa nak makan, janji anak ok, mak ok...cukuplah...hihihi ada sorang kawan zah tu minum coke pun jadi MILK BOOSTER tau...tapi janganla minum selalu...maybe sebab dia gembira hari tu..lagila hormon penyusuan dia bertambah.

Resepi Kejayaan Penyusuan Susu Ibu <3
Kerap susukan bayi
Perah bila bayi tiada
Perah selepas menyusukan
Makan Makanan yang sihat dan berkhasiat
Minum Air secukupnya
Gembirakan hati kita
Doa
Usaha yang berterusan - istiqamah
Bersederhana

Salam Mesra Penyusuan Susu Ibu,
Noorharizah Azfar
Kaunselor Laktasi
www.facebook.com/izzahazfar.blog

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics