Tuesday, November 26, 2013

The Fighter : Nurul Qaireen Amani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Dah lama tak menulis.
Pada Mei 2011 - anak sulung Zah masuk wad - kisahnya disini : 

Minggu lepas pula pada 20 November 2013 - anak ketiga zah pula terpaksa di bawa ke hospital...Ceritanya bermula begini

15/11/13 -
 petang masa ambil amani kat rumah pengasuh rasa macam badan amani ni suam-suam je...malam tu amani tak berapa nak tidur...zah lap-lap badan amani.

16/11/13
kejutkan anak-anak,
kami sekeluarga bertolak ke KL
nak tengok anak sedara yang baru lahir.


Amani muntah masa dalam keta,tp lepas muntah dia still senyum, badan pun ok..ingat takde pape.

Sampai rumah ayah ngah, petang tu tetiba badan dia naik panas balik. Bonda bagi PCM. macam biasa dia tolak dan muntahkan...emmm jenuh juga nak tenangkan dia malam tu.

Akhirnya dia lena juga, tapi bonda masih tak risau sebab badan dah tak panas, lepas gunakan air asam jawa untuk jerlum satu badan amani.
 17/11/2013
Kami balik ke Penang, badan amani pun dah ok
takde masalah.

 
Cuma amani nak tido duduk.
dia rasa selesa kot.

dua hari tido lena atas dada bonda gara-gara selsema
 18/11/2013
Hantar dan ambil amani dari rumah pengasuh macam biasa.
Amani badan masih suam-suam
tapi tak nampak langsung yang dia sakit teruk.

19/11/2013
Amani tak nak tido dari jam 4 pagi.
Tapi
Pagi tu bonda ada event kat office.
hantar juga amani ke rumah pengasuh
sebab takde tanda apa-apapun yang amani tak sihat
perasan yang amani ada macam batuk sikit
bagi pengasuh ubat cair kahak dan PCM.
Nak jadi cerita.
Jam 3.00 petang pengasuh call husband.
katanya amani bernafas sangat laju dan tak minum susu since pagi
kebetulan husband yang ada berdekatan rumah pengasuh
terus g tengok amani.
Ayah bawa amani terus ke klinik
doktor kata amani penat
terus amani ke amik Nebulizer
doktor juga bekalkan amani dengan antibiotik, ubat asma dan PCM

Zah pula hanya tau Amani tak sihat jam 5.00 petang
lepas suami selesaikan hal amani sendiri
sob sob.
malam tu amani ok je menyusu.
bernafas pun tak laju sangat.
Zah decice untuk ambil cuti kecemasan.

20/11/2013


Perasan yang batuk amani bertambah teruk dan selsema sikit
Zah stimkan amani.
Menang keluar semua kahak dan hingus amani.
tapi zah perasan lepas tu amani still masih bernafas laju
Zah wassap seorang kawan
Dr. Najwa minta pendapat.
Dia minta zah refer amani kepada hospital or jupa doktor balik 
sebab takut benda lain
amani pun nampak weak sebab dah hampir setengah hari tak menyusu.

Keputusan Zah betul bila nak bawa amani ke hospital bukit mertajam.
Sampai je dalam emergency room sekali lagi amani kena ambil Nebulizer.
doktor kata amani macam sukar bernafas.
zah yang takde pengalaman bab nebulizer ni 
terus belajar sesuatu hari tu
belajar macamana nak nebulizer anak.

lepas 20 minit nebulizer
doktor periksa amani
siapa sangka
badan amani yang sejuk tu rupanya panas
38.9c
hampir 39c
doktor lekas-lekas bubuh ubat kat bontot amani
habis baju amani dibuka
amani dimandikan kat ER untuk turunkan suhu.
lepas mandi Amani diminta untuk xtray paru-paru
rupanya paru-paru amani ada sedikit jangkitan
kalau ikut tak perlu admitted
tp sebab panas amani tinggi so amani diminta untuk bermalam di hospital
 
Zah request Amani ditambahkan air sebab Amani langsung tak minum seharian susu hari tu, hanya masuk beberapa teguk air masak je...doktor dan nurse kat Wad Kanak-kanak tu semua puji amani debam...hihihi malah masa nak ambil darah dan masukkan jarum, lama juga masa yang diambil...sebab urat amani tak jumpa...isi tebal sangat kata nurse.

Alhamdulillah, malam tu juga tido amani lena juga even bonda kena kejutkan amani 4 jam sekali. Rawatan kat hospital adalah Nebulizer 4 jam sekali dan juga PCM. Amani melawan jugala bila kena Neb tu.tp bonda pujuk dia, baca al-fatihah...okla tak melawan sangat....dan yang pasti takdela teriak kuat-kuat...hihihi oh ye malam tu dalam jam 8.00 malam amani dah mula minum air ECPI dan makan nasi goreng ikan masin, berselera sungguh. Amani juga dah menyusu..lega bonda...                         


 21/11/2013 - Day 2 kat hospital, amani ok je..dah semakin baik....amani dah boleh makan, menyusu, tapi amani memang banyak minum air...air yang kena masuk dalam badan amanipun doktor buka awal sebab amani nampak cergas, depan doktor minum dan makan je...jadi doktor decide cabut jarum tu...bila jarum dah cabut lagila amani cergaskan... 


malam tu pun amani dah boleh senyum, main-main dengan bonda..alhamdulillah...kami masih dengan rawatan 4 jam sekali

21/11/2013 - pagi tu doktor periksa amani, kalau ikut dia dah pulih. tp doktor nak tengok dulu keadaan macamana, dari 4 jam nab, turun ke 6 jam..petang masa doktor lawat...dia cadang amani tido semalam lagi kat hospital..untuk pastikan amani betul-betul pulih. Amani memang nampak sangat segar dah pada hari ketiga, jalan pusing satu hospital. cuma masalah bila jumpa doc dan nurse je..mesti nangis sikit..hihi fobia kot. Petang tu juga jarum-jarum dah dicabut...Alhamdulillah amani tak nangis masa cabut jarum tu...bonda yang seriau.

23/11/2013 - alhamdulillah,setelah 4 hari 3 malam bercuti kat Hospital Bukit Mertajam. Kami dibenarkan pulang. Semoga amani sihat...tak nak sakit-sakit macam ni dah...susah hati bonda...
Sepanjang amani dalam wad, sekali je bonda nangis.
masa dalam Emergency Room.
masa doktor kata badan amani panas sangat
masa tu memang risau
tapi lepas tu bonda jadi kuat sangat
apa yang bonda tahu
kalimah allah,
bacaan al-fatihah
tak lepas
risau sebab amani tak menyusu
diakan jenis kuat sangat menyusu
bila Allah tarik nikmat menyusu tu memang rasa sedih
tapi Zah percaya Qaireen Amani sangat kuat
dia fighter
doa dari kawan-kawan Zah di FB sangat membantu
amani sembuh.
terima kasih ye.

esok ulangtahun amani yang pertama.
cepatnya masa berlalu.
doakan amani terus sihat ye.
 

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics