Friday, November 08, 2013

Part 2 : Honeymoon di Kota Kinabalu, Sabah

 
Ada yang tanya Zah ni orang Sabah ke?
hihihi yes i'm.
tak malu mengaku yang Zah keturunan Sabah 
dan setiap tahun berpeluang balik ke laman kampung sendiri sudah tentu akan makan sepuasnya. :p
Day 1 - kitorang memang untuk tarvel semata-mata sebab sampai KK dalam jam 3.30 petang
ambil kereta sewa - terus daftar masuk ke hotel.
rehat-rehat dan mandikan anak-anak.
lepas magrib, kitorang terus cari benda makan.
lapaq sangat..hihihi
hari 1st, memang makan macam orang sabah je

Yang ni zah panggil LATOK - giler sedap bila perah limau letak cili bawang...makan buat ulam je

yang ni pelam sabah - tak masam tau..terus kecur air liur bila nak makan ni..

sebab ada amani, zah minta jus avacado - senang nak travel bila dengan babykan, jus avacado dah bg amani kenyang - dia blend avacado semata tau, zah juga tak minta gula so biar dia manis buah. sesuai untuk baby zah tu.

actually, malam tu makan ayam bakar atau sayap ayam, ikan bakar, udang bakar dan sotong bakar. tp gambar nan hado. lapar punya pasal...

kak ngah pula as always order air laici, peminat air laici dia ni


abang long Akmal pula peminat warna kuning - dia order jus mangga. Pun recomended..sedap..sebab mangga diblend..macam minum puri mangga je.

ni budak pula baik sikit, suap nasi makan diam-diam...



pastu kitorang jalan-jalan tepi waterfront tu, layan angin laut dan juga suasana malam di bandar KK

budak dapat kaki, takmo dukung langsung

abang ngan kakak pun teruja, adik macam orang besar






tengok kapal terbang kat awan..hihihi


anak ayah la sangat. ayah semput kejar amani yang laju je berlari tu.



kan...dah dukung letak bawah balik.




kesimpulannya, hari 1st kitorang selain travel..makan malam yang sedap...tu je
esok nya baru jalan-jalan ke kundasang.
sambung next entry ya.

3 comments:

ily♥ said...

Saya pun bercuti ke KK last week kak...Tak terserempak pulak dgn akak..klu tak, mesti sy dah tegur..hehe..

~farah~ said...

stay hotel mana? kot nak pegi esok2 :)

syamim mizwar said...

saya la orangnya yang tanya kak zah ni org sabah ke..hehehehe

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics